Tuesday, May 17, 2011

Nota tasawwur

KONSEP KETUHANAN


1.Tauhid rububiah :Kepercayaan yang sebenarnya bahawa Allah ialah secara mutlak mentadbir semua makhluk,tiada tuhan selain dia maha berkuasa dan maha esa.

2.Dalil :Al-Quran :Surah Al-Baqarah ayat : 164

3.Konsep rububiah :
-Allah SWT pencipta,pemilik, dan pentadbir sepenuhnya ala mini
-Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya
-Kekuasaan Allah meliputi semua

4.Peranan Tauhid rububiah
-merasai manusia ini hina dan kerdil
-insaf akan kelemahan diri
-manuasia akan melihat kekuasaan Allah SWT

5.Tauhid uluhiyah : Kepercayaan Allah SWT sahaja yang wajib disembah,ditaati dan dipatuhi.

6.Dasar utamanya ialah syahadah

7.Dalil : Surah Al-Anbiyak ayat :25

8.Konsep uluhiah :
-Mengakui tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT
-Orang yang tidak percaya dianggap kafir
-Paksi utamanya ialah syahadah

9.Peranannya
-menjadikan ibadah kita mengikut syariat islam
-menjauhkan manusia dari syirik dan ajaran sesat
-memastikan ibadah kita diterima oleh Allah swt

10.Asma’ wa siffat : Allah swt memiliki 99 nama yang indah dan bersifat dengan kesempurnaan (sifat 20)

11.Dalil : surah Al-Hasyr (22-24)

12.Konsep :
-Allah swt besifat dengan sifat yang mulia
-Allah swt sendiri yang member namanya yang 99
-Kita wajib beriman dengan 99 nama Allah swt
-Membanding kan makhluk dengan nama Allah SWT adalah haram.
-Seseorang yang berdoa dengan nama Allah akan dimakbulkan

13.Setiap muslim wajib beriman dengan nama Allah SWT yang 99.

14.Perbezaan antara rububiah,uluhiyah dan asma wa sifat :

Rububiah Uluhiyah Asma wa sifat
Yakin Allah pencipta alam ini Yakin Allah yang wajib kita sembah Yakin Allah mempunyai 99 nama



15.Fitrah beragama : Naluri semula jadi yang ada pada diri manusia bahawa Tuhan itu ada dan wujud.

16.Fitrah kejadian manusia :
-Jasmani –makan minum,tidur kahwin ….
-Rohani-inginkan kebenaran dan memerlukan pengabdian diri kepada manusia

17.Dalil :Surah al-ankabut :63

18.Konsep fitrah beragama :
-wujud dalam diri manusia
-Islam agama semula jadi
-Islam sesuai dan mudah

19.Bukti hakikat beragama:
-Kepercayaan orang animism (percaya kepada ruh)
-Nabi berkhalwat di gua hira’
-Kisah nabi Ibrahim
-Pengiktirafan iman sejak dalam alam ruh lagi

20.Bukti kewujudan Allah swt
-wujudnya alam ini
-penyelidekan rahsia alam
-memerhatikan kejadian Allah.



21.Beza orang beragama dengan tidak beragama

Beragama Tidak beragama
Reda dengan qadha & qadar Allah Keluh kesah,putus asa
Ikhlas diberi pahala Untuk kepentingan diri
Bersyukur Ingkar
Berakhlak Tidak berakhlak
Jiwa teguh Mudah terpengaruh ke arah kerosakan


22.Peranan agama dalam membina tamadun
-Beramal dan berusaha membina tamadun
-wajib menuntut ilmu fardhu ain/kifayah
-Aturan hidup dengan akhlak
-Kreatif,inovatif


KONSEP KERASULAN




1.Maksud nabi dan rasul :
-Nabi-lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan tidak wajib menyampaikan kepada orang lain
-Rasul- lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan orang lain dan wajib menyampaikan kepada orang lain

2.Beza nabi dan rasul :

Nabi Rasul
Tidak semua nabi itu rasul Semua rasul itu nabi
Tiada kitab Ada kitab/suhuf
Untuk diri sendiri Diri sendiri dan orang lain
Bilangan 124,000 313
Tidak wajib mengetahui Wajib mengetahui 25 orang




3.Rasul ululazmi :Rasul2 yg mempunyai kesabaran yg tinggi dalam menghadapi tetangan dalam berdakwah

4.Rasul ululazmi ada lima :Nabi Muhammad,Nabi Ibrahim,Nabi Nuh,Nabi Musa dan Nabi Isa

5.Sebab digelar ulul azmi :
-Sebagai peghormatan dari Allah SWT
-Tidak mudah putus asa dan sentiasa mendoakan umatnya
-Kesabaran mereka dinyatakan oleh Allah dlm surah Ahqaf ayat 35
-Keazaman yg tinggi

6.Sifat Rasul :
(a)Sifat wajib
-Assiddiq
-Al-Amanah
-attabligh
-al-fatanah

(b)Sifat mustahil
-Alkizb
-alkhianah
-Al-kitman
-albaladah

( c ) sifat harus –sebagai manusia biasa –makan minum,kahwin dsb

7.Sifat maksum : Para rasul terpelihara dari sebarang dosa serta perkara yang mencacatkan kerasulan.

8.Tujuan Allah kurnuiakan sifat maksum :
-jaga martabat/kemuliaan rasul
-jadi contoh

9.Peranan rasul
-mentauhidkan Allah SWT
-menunjukkan cara hidup yg benar
-menerangkan perkara ghaib
-amar makruf nahi mungkar
-cara ibadat yg betul


10.Adab terhadap rasul
-berselawat
-beriman apa yg disampaikan
-mencintainya
-mengamalkan sunnahnya
-mentaati perintah nya
-menjauhi larangannya

11.Nabi Muhaammmad Rasul terakhir
-Sejak Nabi Adam diutuskan hingga Nabi Muhammmad utk memenuhi keperluan semasa kaum tersebut,antaranya ialah :
-mengembalikan akidah yang sebenar
-Nabi Muhammad untuk semua/sesuai pada setiap zaman
-ajarannya tidak bercanggah dgn rasul terdahulu
-syariatnya memansuhkan syariat terdahulu

12.Mukjizat :Perkara luarbiasa yang berlaku kpd rasul utk membuktikan kebenarannya.

13.Peranan mukjizat
-Utk tujuk kehebatan Allah
-Utk kukuhkan iman manusia
-Membuktikan kebenaran rasul
-Menambahkan keyakinan para rasul

14.Bahagian :
i)Hissi – dapat dirasa/dilihat spt tongkat nabi Musa jadi ular.
ii)Maknawi –dapat difaham secara maknawi sahaja spt mukjizat Nabi Muhammmad saw iaitu Al_quran

15.Perkara luar biasa :

Perkara Erti Contoh
Karamah Berlaku kpd manusia biasa yg tinggi darjat disisi Allah Maryam ibu Nabi Isa dapat hidangan dr langit








Maunah Berlaku kpd orang biasa tapi ada usaha mempelajarinya Terlibat dlm kemalangan yg dahsyat tapi hidup
Irhas Berlaku kpd bakal nabi Awan sentiasa ikut/lindungi nabi
Istidraj Berlaku kpd org fasik/derhaka kpd Allah Qarun/Nabi palsu Musailamatul kazzab
Sihir Boleh dipelajari dengan bantuan syaitan/jin Ilmu kebal




KONSEP INSAN




1.Definisi :Makhluk Allah SWT yg istimewa dikurniakan akal utk berfikir

2.Hakikatnya :sebaik-baik kejadian

3.Asal kejadian : Bermula dari Nabi Adam as dan berasal dari tanah

4.Dalil :
-Surah Al-Mukminun ayat 12-14
-Surah Hijr : 26

5.Proses kejadian manusia :
i)Permanian (nutfah)
ii)Alaqah - selepas 40 hari
iii)Mudghah (seketul daging)-40 hari
iv)Pembentukan tulang -40 hari
v)Janin -40 hari (ditiupkan ruh)
vi)Sembilan bulan -lahir







6.Keistimewaan insan
-ada akal
-dapat hidup bertamadun
-khalifah dimuka bumi
-ada dosa pahala
-ada raul/nabi
-fizikal/pancaindera yg unik
-ada unsur jasmani dan rohani

7.Hikmat insan makhluk yg istimewa
-supaya manusia insaf
-utk bersyukur
-untuk tunduk dan patuh
-mudah jalankan tanggungjawab sebagai khalifah

8.Tanggungjawab insan :

Tanggunjawab kpd Allah i.Patuh perintah jauhi larangannya
ii.Bersyukur sebaik-baiknya
iii.Berzikir
Tanggungjawab kpd diri i.Jaga kesihatan tubuh dan akal
ii.Jauhi perbuatan merosakan spt bunuh diri/minum arak
iii.Jaga keluarga supaya selamat dunia/akhirat
Tanggungjawab sesama insan i.Pelihara hak
ii.Bantu membantu
iii.Hubungan silaturahim
iv.Hormat menghormati
Tanggungjaqab kpd alam i.Memakmurkan alam
ii.Memelihara dan memilihara alam


9.Akibat pengabaian tanggunjawab insan
-dimurkai Allah
-Dibenci/dipandang hina oleh masyarakat
-abai amanah Allah
-Diazab Allah swt







KONSEP ALAM





1.Definisi : alam ialah makhluk ciptaan Allah yang boleh ditanggapi oleh pancaindera dan digunakan sebaik-baiknya.

2.Dalam Al-Quran : Al-ard (bumi)/Al-Samma’ (langit)

3.Dalil :
-Surah Maryam-ayat 65
-Surah Ar-Rum-ayat 8

4.Tujuan penciptaan alam
-pasak bumi
-utk abdi dzri kpd Allah swt
-Bukti kekuasaan Allah swt
-Utk berfikir
-Utk menikmati nikmat Allah SWT sebaik-baiknya

5.Bahagian alam
i)Alam musyahadah-dapat ditanggapi oleh pancaindera sepertri haiwan dsb
ii)Alam ghaib-tidak dapat ditanggapi melainkan dengan wahyu Allah swt

6.Contoh2:

Alam ghaib Keterangan Dalil
Alam kubur/barzakh Tempat menunggu sebelum ke akhirat Al-Haj 7
Hari kiamat Kehancuran alam Al-Haj 7
Padang mahsyar Tempat berkumpur utk disoal Al-Kahfi 47
Hisab Kiraan amal Al-Ghasiyah 25-26
Mizan Timbangan amal Al-Qariah 8-9
Siratulmustakim Jambatan merentasi neraka Al-Fatihah 5-6
Telaga kauthar Air kolam
Syurga Tempat nikmat
Neraka Tempat azab


7.Beza alam musyahadah dan ghaib

Alam musyahadah Alam ghaib
Boleh tanggap Tidak boleh tanggap
Boleh manfaat utk bina tamadun Utk keimanan
Sementara Kekal
Boleh selidek Akal tak mampu
Hanya manusia hidup Utk manusia mati


8.Hikmat beriman
-Tanda iman
-Jauhi maksiat
-Pelihara hubungan baik
-pendorong tindakan

9.Hikmat kerahsiaan alam ghaib
-tanda kekuasaan Allah
-Utk uji iman
-Utk tingkat ilmu
-Utk nilai ketaatan
-Utk kukuh iman


TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA
ALAM DAN MEMULIHARA ALAM



1.Memelihara :menjaga dan melindungi alam

2.Memulihara:memulih alam agar dalam keadaan baik

3.Tanggungjawab terhadap alam:
i)Memelihara alam :
-mengawal penebangan pokok
-keindahan sungai
-mengawal pencemaran udara
-merancang pembangunan
-mengekal habitat
ii)Memulihara alam
-menanam pokok
-mewartakan hutan simpan
-bersihkan sungai

4.Sumbangan alam kpd manusia
-menyediakan sumber makanan
-mengekalkan system
-memudahkan pergerakkan
-kawal pencemaran

5.Faedah memelihara alam
-Bersih
-kawal suhu bumi
-kawal bencana alam
-elak kepupusan
-kekalkan keindahan alam

6.Punca kerosakan alam
-Pencemaran udara-asap
-Pencemaran air-sungai kotor
-Pencemaran daratan-tebang pokok

7.Kesan pengabaian
-tanah runtuh
-banjir
-tsunami
-ozon nipis

8.Punza
-tamak
-tiada kawalan

9.Larangan merosakkan alam
Surah Al-A’raf ayat 85











KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL



1. Berikan pengertian wahyu dari segi bahasa dan istilah.
2. Jelaskan diri-diri wahyu.
3. Nyatakan perbezaan di antara wahyu dan akal.
4. Terangkan keperluan wahyu kepada manusia.
5. Terangkan kesan jika undang-undang tidak bersumberkan wahyu.
6. Terangkan peranan akal kepada mnusia.
7. Berikan contoh perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.
8. Mengapakah wahyu tidak boleh dipinda.
9. Bagaimana cara bersyukur kerana dikurniakan wahyu.
10. Berikan pengertian akal.
11. Jelaskan diri akal.
12. Jelaskan hujah yang menunjukkan bahawa penggunaan akal semata-mata tidak mampu meyelesaikan masalah manusia tanpa bimbingan wahyu.
13. Nyatakan persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia tanpa wahyu.
14. Huraikan bagaimana proses pemikiran dikawal supaya berlandaskan al- Quran
15. Huraikan fungsi akal dalam mengenal Tuhan.
16. Terangkan peranan akal dalam membentuk umat berkualiti.
17. Nyatakan fungsi akal dalam membangunkan tamadun manusia yang diredai Allah.
18. Mengapakah penggunaan akal semata-mata tidak dapat menjamin kebahagian hidup manusia?
19. Bagaimanakah gabungan akal, roh dan jasad dapat membentuk manusia sempurna menurut islam.
20. Nyatakan sebab-sebab Allah menurunkan wahyu kepada manusia., sedangkan mereka telah dianugerahkan akal.
21. Nyatakan cara mensyukuri nikmat kurniaan akal kepada manusia.
22. Bagaimanakah al-Quran dan al-Hadis membimbing akal.
23. Jelaskan cara-cara untuk menjadi orang yang bertakwa.
24. Nyatakan keistimewaan al-Quran berbanding dengan kitab kitab sebelumnya.
25. Nyatakan amalan lain yang merosakkan akal selain daripada meminum arak.





1. Pengertian wahyu dari segi bahasa dan istilah.
 Bahasa: Isyarat, ilham, panduan, nasihat yang disampaikan ke dalam hati manusia.
 Istilah: Kalam Allah/sesuatu yang disampaikan kepada Nabi dan Rasul melalui Malaikat Jibril mengenai syariat Allah untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
2. Ciri-ciri wahyu.
 Wahyu hanya disampaikan kepada Nabi dan Rasul.
 Kebenaran wahyu bersifat mutlak.
 Hukum wahyu kekal/tidak boleh dipinda.
 Wahyu tidak diturunkan lagi selepas wafatnya Rasulullah.
 Wahyu mengandungi undang-undang Allah./syariat.
 Wahyu menerangkan perkara sam’iyat/perkara ghaib.

3. Perbezaan di antara wahyu dan akal:


Wahyu Akal
1. Wahyu tidak boleh diubah/dipinda. Akal boleh berubah ubah.
2. Wahyu adalah kekal. Akal bersifat sementara.
3. Wahyu menerangkan perkara sam’iyat/
perkara ghaib. Akal memikirkan perkara yang zahir sahaja.
4. Wahyu hanya diturunkan kepada Nabi
dan Rasul. Dimiliki oleh semua manusia.
5. Wahyu merupakan kalam Allah. Hasil pemikiran manusia.
6. Wahyu merupakan kebenaran yang
mutlak. Terdedah kepada salah dan silap.
7. Wahyu diperlukan untuk membimbing
akal. Akal hanya untuk memahami wahyu.
8. Wahyu telah terhenti penurunannya. Akal terus berkembang.


4. Keperluan wahyu kepada manusia ialah:
 Wahyu membetulkan aqidah manusia/membawa manusia ke jalan yang
benar
 Wahyu membetulkan ajaran agama/syariat yang telah diselewengkan.
 Wahyu menerangkan cara-cara melaksanakan ibadat/melaksanakan ajaran
Allah.
 Wahyu mendidik akhlak manusia.
 Wahyu mendorong/membimbing akal membina tamadun manusia.
 Wahyu memandu manusia berfikiran rasional/menggalakan menuntut
Ilmu.

5. Kesan jika undang-undang tidak bersumberkan wahyu.
 Keadilan tidak terjamin/berlaku kezaliman/pergaduhan.
 Menyalahi dan bercanggah dengan fitnah manusia.
 Mudah berlaku penyelewengan/terpesong dalam perlaksanaannya.
 Sentiasa berlaku perubahan.

6. Peranan akal kepada manusia.
 Akal dapat membezakan baik dan buruk.
 Dengan akal manusia dapat mengenal dan menyakini kewujuddan Allah
dan Rasulnya.
 Akal dapat memandu manusia mengamalkan perintah Allah dan Rasulnya.
 Menggunakan akal manusia boleh memahami dan menyakini perkara ghaib/sam’iyat.
 Akal meletakkan manusia di tahap yang mulia.
 Akal membolehkan manusia membina tamadun berteraskan wahyu.
 Akal membimbing manusia menjalani kehidupan yang diredai Allah.
 Pebggunaan akal yang sempurna mampu menyelesaikan masalah dengan baik.

7. Contoh perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.
 Perkara ghaib ( malaikat/Jin ).
 Perkara sam’iyat ( pahala dan dosa/syurga dan neraka ).
 Hukum agama.
 Cara beribadah.
 Rezeki, ajal dan jodoh.
 Zat dan sifat Allah.
 Hakikat kejadian alam.

8. Wahyu tidak boleh dipinda kerana:
 Kebenaran wahyu bersifat mutlak.
 Wahyu lengkap dan sempurna merangkumi semua aspek kehidupan.
 Ajaran wahyu sesuai diamalkan pada setiap keadaan, zaman dan tempat.

9. Cara bersyukur kerana dikurniakan wahyu.
 Mengamalkan syariat wahyu dalam kehidupan seharian.
 Meninggalkan segala larangan wahyu.
 Mendalami dan mengkaji kebenaran wahyu.

10. Pengertian akal ialah:
 Di anugerahkan oleh Allah kepada manusia.
 Sentiasa berkembang dan berubah/menerima perubahan.
 Tidak mampu memikirkan perkara-perkara ghaib.
 Terdedah kepada kesilapan/mempunyai banyak kekurangan.

11. Ciri-ciri akal.
 Di anugerahkan oleh Allah kepada manusia.
 Sentiasa berkembang dan berubah/menerima perubahan.
 Tidak mampu memikirkan perkara-perkara ghaib.
 Terdedah kepada kesilapan/mempunyai banyak kekurangan.

12. Hujah yang menunjukkan bahawa penggunaan akal semata-mata tidak mampu
menyelesaikan masalah manusia tanpa bimbingan wahyu adalah seperti berikut.
 Kebenaran akal bersifat relatif dan berubah.
 Akal mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu.
 Akal terdedah kepada kesilapan.
 Tidak dapat memikirkan perkara ghaib.

13. Persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia tanpa wahyu.
 Perkara-perkara sam’iyat dan ghaibiyat.
 Cara melaksanakan ibadat.
 Hakikat sifat dan zat Allah.

14. Cara proses pemikiran dikawal supaya berlandaskan al-Quran ialah.
 Hendaklah sentiasa berfikir secara rasional.
 Memelihara akal supaya tidak rosak.
 Berfikir perkara-perkara yang memberi faedah sahaja.
 Mengawal proses pemikiran daripada dipengaruhi oleh hawa nafsu dan unsure-unsur negatif.

15. Fungsi akal dalam mengenal Tuhan.
 Memahami dan mempejari wahyu Allah.
 Berfikir mengenai kebesaran Allah dalam kejadian alam/hakikat kejadian manusia.
 Berfikir tentang kesempurnaan syariat yang telah diciptakan oleh Allah.

16. Peranan akal dalam membentuk umat berkualiti.
 Akal membolehkan manusia meneroka pelbagai bidang ilmu dan kemahiran.
 Akal memandu manusia membina tamadun berteraskan wahyu.
 Akal mengangkat martabat manusia ke tahap yang mulia.
 Akal dapat membezakan perkara baik dan buruk.
 Akal dapat membimbing mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

17. Fungsi akal dalam membangunkan tamadun manusia yang diredai Allah.
 Merekacipta alat yang dapat membantu manusia dalam urusan hidup seharian.
 Memikirkan cara memelihara dan memulihara alam.
 Mmemikirkan cara untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui sains dan teknologi.
 Memikirkan cara untuk melahirkan masyarakat dan negara yang aman damai.

18. Penggunaan akal semata-mata tidak dapat menjamin kebahagian hidup
manusia:
 Akal tidak dapat menjangkau perkara yang akan datang/terbats.
 Sebahagian urusan agama tidak dapat difikirkan dengan logik akal.
 Mudah terdorong kepada hawa nafsu/secara melulu.
 Kebenaran akal bersifat relatif.

19. Penggabungan akal, roh dan jasad yang dapat membentuk manusia sempurna
menurut islam:
 Manusia mesti menggunakan unsur-unsur tersebut secara bersepadu.
 Manusia mesti menuntut ilmu dan mengamalkannya.
 Manusia mesti memenuhi keperluan dan kehendak rohani, akal dan jasad.
 Manusia mesti melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.



20. Sebab-sebab Allah menurunkan wahyu kepada manusia walaupun mereka
di anugerakan akal ialah:
 Kemampuan akal adalah terhad/terbatas.
 Akal tidak seragam dalam menanggani masalah.
 Akal sering dipengaruhi oleh nafsu.
 Kebenaran akal bersifat relatif.

21. Cara mensyukur nikmat kurniaan akal kepada manusia.
 Menjauhi perkara yang merosakkan akal seperti penggunaan dadah, arak
dan lain-lain.
 Mendalami dan mengkaji kebesaran Allah.
 Sentiasa berfikir secara rasional.
 Sentiasa mengkajikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai landasan berfikir.
 Sentiasa menuntut ilmu.

22. Cara al-Quran dan ai Hadis membimbing akal.
 Menjelaskan perkara perkara ghaib yang tidak mampu difikir oleh akal.
 Menetapkan batasan hokum supaya diikuti oleh akal agar tidak menyeleweng.
 Memberi panduan untuk mengenal Allah.
 Membimbing akal supaya dapat berfikir dengan rasional.

23. Keistimewaan al-Quran berbanding dengan kitab-kitab sebelumnya.
 Kandungan al-Quran sesuai untuk semua bangsa, tempat dan zaman.
 Al-Quran kekal dan terpelihara.
 Keindahan bahasa al-Quran tidak dapat ditandingi.
 Dapat membimbing manusia mencapai kebahagian dunia dan akhirat.
 Membacanya mendapat pahala sepuluh ganjaran bagi setip huruf.
 Keluasan ilmu al-Quran merangkumi semua bidang.

24. Amalan lain yang merosakkan akal selain daripada meminum arak.
 Penyalahgunaan dadah.
 Makan/meminum sesuatu yang memabukkan seperti ubat batuk secara berlebihan.
 Melihat dan membaca bahan lucah.
 Menghidu gam.






PENGARUH LUAR YANG MEROSAKKAN PERIBADI MUSLIM

1. Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman mulhid.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan sekularisme, materialisme, sosialisme, kapitalisme, nasionalisme, liberalisme dan komunisme.
3. Nyatakan keburukan fahaman kapitalisme.
4. Nyatakan keburukan fahaman liberalisme.
5. Nyatakan keburukan sekularisme.
6. Nyatakan keburukan materlisme.
7. Nyatakan keburukan Atheisme.
8. Jelaskan cirri-ciri golongan yang berfahaman mulhid ( atheis/kapitalisme/ sosialisme/nasionalisme/liberalisme/materialisme/sekularisme dan komunisme)
9. Jelaskan mengapa sebahagian masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid.
10. Bagaimana fahaman tersebut ( mulhid ) mempengaruhi pemikiran umat islam.
11. Bagaimanakah cara membasmi fahaman tersebut dalam masyarakat.
12. Apakah bahaya fahaman falsafah mulhid kepada umat islam.
13. Nyatakan aktiviti-aktiviti masyarakat islam yang jelas telah dipengaruhi oleh fahaman falfasafah mulhid.
14. Nyatakan contoh-contoh fahaman materrialistik yang berlaku dalam masyarakat.
15. Media massa meninggalkan kesan positif dan negatif terhadap pemikiran dan perlakuan.
16. Aktiviti kebudayaan yang bertentangan dengan prinsip islam banyak berlaku di kalangan remaja islam masa kini. Terangkan langkah-langkah untuk mengelakkkan aktiviti tersebut dari terus berlaku.
17. Sekolah anda akan mengadakan malam kebudayaan islam. Sarankan aktiviti yang dapat mengisi program pada malam tersebut.
18. Bagaimanakah cara penjajahan pemikiran dijalankan ke atas umat islam.
19. Nyatakan kesan kesan negatif akibat penjajahan pemikiran.

1. Maksud fahaman mulhid ialah:

 Fahaman, ajaran dan kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran islam
dan membawa kepada kesesatan dengan menganggap Tuhan itu tiada/tidak mempercayai tuhan.

2. Maksud sekularisme,materialisme, sosialisme, kapitalisme, nasionalisme,
leberalisme dan komunisme adalah seperti berikut.

 Sekularisme: Satu kepercayaan/kefahaman yang menganggap urusan
keagamaan atau ketuhanan terpisah dengan urusan
kehidupan dan bernegara.

 Materialisme: Fahaman kebendaan, menilai kehidupan dunia
berasaskan kebendaan atau harta/harta sebagai
matlamat hidup.
 Sosialisme: Teori atau system social yang menganjurkan supaya
sumber kekayaan dijadikan milik negara/dinikmati
sama rata.

 Kapitalisme: Fahaman yang memberikan kebebasan mutlak kepada
individu, khususnya dalam pemilihan harta.  Nasionalisme: Fahaman ta’asub atau fanatik kepda bangsa walaupun
dalam perkara yang salah.
 Liberialisme: Fahaman yang mahukan kebebasan mutlak individu
dalam melahirkan pendapat dan bertindak mengikut cara
dan pilihannya sendiri.
 Komunisme: Fahaman yang meletakkan semua harta dimiliki
negarakan dan rakyat adalah samarata, fahaman ini juga
tidak mempercayai adanya Tuhan.

3. Keburukan fahaman kapitalisme.
 Melebarkan jurang perbezaan taraf hidup golongan kaya dan miskin.
 Monopoli, manipulasi dan riba dibenarkan untuk mendapat keuntungan
yang besar.
 Berlaku penindasan, kezaliman dan pergaduhan.
 Wujud sifat tamak dan mementingkan diri sendiri.

4. Keburukan fahaman liberalisme.
 Membenarkan berlaku penindasan dalam mengumpulkan kekayaan.
 Berlakunya persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi.
 Mementing diri sendiri.
 Menyebabkan berlaku maksiat/keuntuhan akhlak.

5. Keburukan sekularisme.
 Mementingkan diri sendiri.
 Perundangan islam tidak dapat ditegakkan.
 Manusia tidak dapat membezakan yang hak dan batil.
 Memisahkan secara mutlak antara kajian ilmu daripada pengaruh agama.
 Memisahkan urusan pemerintahan dengan agama.

6. Keburukaan materalisme.
 Wujud sifat suka mementingkan diri sendiri/tamak.
 Lalai dalam mengerjakan perinta Allah.
 Kufur dengan nikmat Allah.
 Merenggangkan hubungan kemasyarakatan/mewujudkan perbezaan antara
Golongan kaya dan miskin.

7. Keburukan Atheisme.
 Tiada pegangan hidup/tidak percaya kepada Tuhan.
 Tiada matlamat hidup/hala tuju.
 Bebas melakukan kemungkinan dan kemaksiatan.
 Tidak percaya kepada dosa dan pahala.



8. Ciri-ciri golongan yang berfahaman mulhid ( atheis/kapitalisme/sosialisme/
naionalisme.liberalisme/materialisme/sekularisme dan komunisme )
 Tidak mempercayai kewujudan Allah.
 Menentang hukum agama.
 Bebas dari kawalan hukum agama.
 Mempercayai segala yang berlaku terjadi dengan sendiri.
 Tidak mempercayai dosa pahala/syurga dan neraka.
 Bertuhankan nafsu/kebendaan/keduniaan semata-mata.

9. Sebahagian masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid kerana:
 Lemah keimanan.
 Kurang didikan agama.
 Kurang ilmu agama.
 Mementingkan diri sendiri/kebendaan/nafsu.
 Faktor persekitaran/rakan sebaya.

10. Cara fahaman tersebut ( mulhid ) mempengaruhi pemikiran umat islam.
 Melalui media massa: mengagungkan cara hidup yang bertentangan
dengan islam.
 Menimbulkan keraguan tentang kebarukan syariat islam.
 Melalaikan umat islam dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
 Mengagungkan kebendaan/status.

11. Cara membasmi fahaman tersebut dalam masyarakat.
 Mengamalkan cara hidup islam secara menyeluruh.
 Kembali kepada ajaran islam.
 Memperkukuhkan dan memantapkan akidah islam.
 Memberikan didikan agama yang sempurna.
 Mendalami ilmu agama.
 Mengawal fahaman-fahaman tersebut daripada tersebar.

12. Bahaya fahaman falsafah mulhid kepada umat islam ialah:
 Menyebabkan berlaku pemisahan agama dengan urusan dunia.
 Berlaku kerosakan aqidah/iman.
 Hilang keperibadian/akhlak sebagai seorang muslim.
 Menyebabkan manusia lupa kepada Allah.
 Bertindakl mengikut kehendak nafsu.

13. Aktiviti-aktiviti masyarakat islam yang jelas telah dipengaruhi oleh fahaman
falsafah mulhid.
 Program amal kebajikan dan sosial yangbercampur aduk dengan maksiat.
 Pertandingan ratu cantik, muzik dan nyanyian.
 Bermuamalah dengan system riba.
 Muzik dan nyanyian yang bertentangan dengan islam.


14. Contoh fahaman materialistik yang berlaku dalam masyarakat.
 Mementingkan perniagaan sehingga meninggalkan solat.
 Enggan melakukan kebajukan tanpa ganjaran dan upah.
 Mengangap pelajaran agama tidak punya masa depan.

15. Huraian kesan positif dan negatif media massa terhadap pemikiran dan
Perlakuan masyarakat:



Positif
Negatif
 Memberi maklumat dan berita yang
berfaedah.
 Memanfaatkan masa dengan sesuatu yang
berfaedah.
 Fahaman yang benar dapat disebarkan secara
meluas dan berkesan.  Memberikan maklumat yang palsu/fitnah.
 Melalaikan manusia dari mengingati
Allah.
 Fahaman-fahaman yang bercanggah
dengan islam tidak dapat dikawal.


16. Langkah-langkah untuk mengelakkan aktiviti kebudayaan yang bertentangan
dengan prinsip islam daripada terus berlaku di kalangan remaja islam:
 Mengadakan program kesedaran kepada ibubapa dan remaja.
 Menguatkuasakan undang-undang.
 Mengawal penyebaran dan penjualan bahan-bahan hiburan.
 Menyediakan aktiviti berfaedah untuk remaja.
 Menyediakan aktiviti kebudayaan islam sebagai satu alternatif.

17. Aktiviti yang mengisi program malam kebudayaan islam ialah:
 Pertunjukan fesyen berasaskan islam.
 Persembahan nasyid.
 Sajak, pentomen/pementasan dan lain-lain yang berdirikan islam.
 Drama berunsur islam.

18. Cara penjajahan pemikiran dijalankan ke atas umat islam.
 Mempengaruhi pemikiran umat islam sehingga mengagungkan
kebendaan dan hawa nafsu.
 Menggalakkan kebudayaan jahilliyah melalui aktiviti sosial dan
kebudayaan .
 Menyediakan peluang pemilikkan harta dengan cara yang tidak sah.
 Melalui imperialisme dan kolonialisme dari aspek politik.
 Melalui media massa dengan menerbitkan buku-buku berita dan filem
Yang melalaikan dan memesongkan akidah.



19. Kesan kesan negatif akibat penjajahan pemikiran.
 Menyebabkan umat islam tidak mengamalkan islam secara menyeluruh.
 Berlaku keruntuhan moral.
 Hilang semangat jihad.
 Umat islam hilang identiti dan jati diri.
 Tidak yakin dengan kebajikan islam/benci kepada islam.



CIRI-CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM


1. Apakah yang dimaksudkan islam sebagai Ad-Din.
2. Nyatakan cirri-ciri Islam sebagai Ad-Din.
3. Buktikan Islam adalah agama yang unggul.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Rabbaniyah, Syumuliyah, Waqiyyah
dan ‘Alamiyah.
5. Nyatakan prinsip-prinsip Rabbanniyyah.
6. Bagaimanakah cara anda memiliki dan menghayati sifat Rabbaniyah.
7. Islam menyediakan peraturan yang lengkap untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat. Huraikan pernyataan di atas.
8. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks keilmuan.
9. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks ekonomi.
10. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks sosial.
11. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks perundangan.
12. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks system munakahat.
13. Jelaskan aspek Syumuliyyah dalam konteks ibadat.
14. Nyatakan prinsip-prisip waqi’iyah.
15. Terangkan bukti waqiyah dalam muamalat.
16. Terangkan bukti waqiyah dalam munakahat.
17. Terangkan bukti yang menunjukkan waqiyah dalam ibadah.
18. Terangkan bukti waqiyah dalam hukum jenayah.
19. Buktikan islam mengamalkan prinsip ‘Alammiyyah dalam ajarannya.
20. Nyatakan prinsip-prinsip ‘Alamiyyah.
21. Jelaskan konsep ‘Alamiyah dalam bidang sosial/ hak asasi manusia.
22. Jelaskan konsep ‘Alamiyah dalam bidang perundangan.
23. Huraikan perbezaan di antara ibadat umum dan ibadat berserta contoh kedua-duanya.

1. Maksud Islam sebagai Ad-Din ialah:
 Islam ialah satu cara hidup.

2. Ciri-ciri Islam sebagai ad-Din ialah:
 Ajarannya lengkap dan sempurna meliputi semua aspek kehidupan.
 Ajarannya bersifat sejagat sesuai dengan semua bangsa, tempat dan zaman.
 Ajarannya merangkumi keperluan hidup dunia dan akhirat.
 Sesuai dengan fitrah.

3. Bukti Islam adalah agama yang unggul.
 Ajaran meliputi seluruh aspek manusa/lengkap dan sempurna.
 Sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
 Adil dan saksama.
 Sesuai pada semua zaman, tempat dan keadaan.

4. Maksud dengan Rabbaniyyah, Syumuliah, Waqiyyah dan ‘Alamiyah ialah seperti berikut:
 Rabbaniyah:Semua hukum,konsep, prinsip, nilai dan peraturan islam
adalah secara mutlak daripada Allah.
 Syumuliyyah:Ajaran Islam adalah sempurna dan menyeluruh dalam
semua aspek kehidupan manusia.
 Waqiyyah: Ajaran Islam bersifat praktikal/tepat/benar dan boleh
diamalkan dalam kehidupan manusia.
 ‘Alamiyyah: Ajaran yang sesuai pada semua manusia tanpa mengira
bangsa, tempat dan zaman.

5. Prinsip-prinsip Rabanniyyah ialah:
 Islam agama yang diwahyukan oleh Allah.
 Islam bersih dan jitu daripada kekurangan.
 Seluruh alam dan isinya merupakan hak mutlak Allah.
 Allah sebagai pencipta peraturan hidup.

6. Cara-cara untuk memiliki dan menghayati sifat Rabanniyyah ialah:
 Percaya dan yakin dengan segala rukun iman.
 Mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
 Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meninggikan syariat Islam.
 Bekerja/berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari keredaan Allah.
 Berakhlak mulia/terpuji

7. Huraian terhadap pernyataan bahawa Islam menyediakan peraturan yang
lengkap untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia sejagat ialah:
 Ajarannya sesuai pada setiap waktu dan tempat.
 Islam merangkumi semua aspek kehidupan dunia dan akhirat.
 Islam mewajibkan prinsip-perinsip keadilan sejagat dilaksanakan.
 Islam meletakkan manusia dalam taraf yang sama disudut hokum dan undang-undang.

8. Aspek Syumuliyyah dalam konteks keilmuan:
 Ilmu dalam Islam merangkumi Ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah untuk
kebahagian dunia dan akhirat.
 Islam menggalakan manusia menuntut Ilmu yang tidak bercanggah
dengan syarak.
 Islam mewajibkan umatnya menghayati dan mengamalkan Ilmu dalam
kehidupan.

9. Aspek Syumuliyyah dalam konteks ekonomi ialah:
 Kebebasan mencari, memiliki dan mengurus harta berlandaskan syariat
Islam.
 Kewajipan mengeluarkan zakat dan Infak pada jalan Allah.
 Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara yang kaya dengan
miskin.
 Tidak menindas, monopoli, manipulasi dan lain-lain.

10. Aspek Syumuliyyah dalam konteks sosial ialah:
 Sistem sosial Islam lengkap dan sempurna.
 Sistem sosial Islam adalah sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan.
 Sistem sosial Islam tidak membezakan warna kulit dan keturunan seseorang.

11. Aspek Syumuliyyah dengan konteks perundangan.
 Keadilan Islam bersifat sejagat tanpa mengira pangkat/darjat.
 Islam menetapkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
 Islam memelihara hak asasi manusia.
 Konsep pembalasan dalam perundangan Islam merangkumi dunia dan akhirat.
 Perundangan Islam membela golongan yang tertindas/lemah.


12. Aspek Syumuliyyah dalam kon teks munakahat.
 Sesuai dengan fitrah manusia.
 Menetapkan hak dan kewajipan suami isteri dan anak-anak.
 Mengatur system kekeluargaan yang sempurna.

13. Aspek Syumuliyyah dalam konteks Ibadat.
 Ibadat dalam Islam merangkumi Ibadat khusus dan Ibadat umum.
 Setiap amalan/pekerjaan yang bertujuan untuk mendapat keredaan Allah
dikira sebagai Ibadat.
 Ibadat dalam Islam sesuai dengan fitrah manusia/mampu dilaksanakan.

14. Nyatakan prinsip-prinsip Waqiyyah.
a. Ajaran Islam bersifat praktikal bukan utopia.
b. Islam mampu menyelesaikan sebarang masalah kehidupan.
c. Islam memberi ruang kepada perkembangan fikiran/tamadun Ilmu.

15. Bukti Waqiyyah dalam muamalat.
● Muamalat Islam mementingkan sifat kejujuran dalam semua urusan.
● Islam mewajibkan sukatan dan timbangan dilakukan dengan betul dan
tepat.
● Islam melarang penindasan seperti riba, monopoli dan lain-lain.
● Muamalat Islam menimbulkan kepuasan/ketenangan hati semua pihak.

16. Bukti Waqiyyah dalam munakahat.
● Munakahat sesuai dengan fitrah/keinginan semula jadi manusia.
● Peraturan munakahat mampu dilaksanakan/tidak membebankan.

17. Bukti yang menunjukkan Waqiyyah dalam Ibadah.
● Ibadat tidak membeban dan menyusahkan manusia.
● Sesuai dengan fitrah/naluri manusia ( fitrah ketuhanan ).

18. Bukti Waqiyyah dalam hukum jenayah.
● Hukum jenayah Islam menjamin keamanan dan keharmonian
masyarakat.
● Hukum jenayah Islam menegakkan keadilan sejagat.
● Hukum jenayah Islam menegakkan yang hak dan menghapuskan
kebatilan.
● Hukuman dalam sistem jenayah Islam setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan.

19. Buktikan Islam mengamalkan prinsip ‘Alamiyyah dalam ajarannya.
● Islam mempunyai prinsip yang sesuai dengan semua bangsa, tempat dan waktu.
● Islam dapat diterima dan diamalkan oleh semua manusia.
● Islam sesuai dengan fitrah manusia/tidak membebankan.

20. Prinsip-prinsip ‘Alamiyyah ialah.
● Islam memuliakan manusia.
● Nilai keadilan Islam bersifat sejagat.
● Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.
● Islam menjamin hak asasi manusia.
● Islam mengutamakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan.
21. Konsep ‘Alamiyyah dalam bidang sosial/hak asasi manusia.
● Tiada paksaan dalam memeluk agama Islam.
● Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat.
● Bebas mengamalkan agama masing-masing.
● Kebebasan dalam memiliki harta dengan cara yang halal.
● Hak pelindungan nyawa dan kehormatan.

22. Konsep ‘Alamiyyah dalam bidang perundangan.
● Perundangan Islam dapat diterima dan diamalkan oleh seluruh manusia.
● Mementingkan perdamaian dan keadilan sejagat.
● Menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan.
● Membela yang dizalimi.


23. Perbezaan di antara Ibadat umum dan Ibadat khusus berserta contoh:

Ibadat umum Ibadat khusus
● Amalan harian yang dilakukan bertepatan dengan ajaran Islam dan diniatkan kerana Allah contoh bekerja, belajar dan lain-lain.
Segala pebuatan/amalan yang dilakukan oleh setiap individu secara khusus berhubung dengan Allah comtoh: solat, puasa dan lain-lain.







INSTITUSI ISLAM



SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM


1. Jelaskan pengertian negara Islam.
2. Mengapakah perlunya ditegakkan negara Islam.
3. Jelaskan perbezaan negara Islam dan bukan Islam.
4. Nyatakan keistimewaan negara islam.
5. Mengapakah Rasulullah membentuk satu perlembagaan sewaktu di Madinah.
6. Nyatakan asas pembentukan negara Islam.
7. Terangkan cirri-ciri negara Islam.
8. Sebutkan cirri-ciri masyarakat majmuk yang dikehendaki oleh Islam.
9. Jelaskan kedudukan Rasulullah berdasarkan Perlembagaan Madinah.
10. Nyatakan pengertian khalifah Islam.
11. Jelaskan cirri-ciri khalifah Islam.
12. Kenapakah pemerintah Islam mesti memiliki sifat takwa dan amanah.
13. Jelaskan maksud syura.
14. Nyatak ciri-ciri syura.
15. Kenapakah dikatakan system syura mewrupakan system pemerintahan dan pentadbiran yang terbaik.
16. Negara Islam ialah “ negara kebajukan dan mendapat keampunan Allah ”. Bincangkan pernyataan tersebut.
17. Bincangkan peranan kerajaan dalam menerajukan nilai-nilai murnidi kalangan rakyat.
18. Islam menghendaki setiap rakyat patuh kepada pemerintah selagi mereka tidak disuruh melakukan maksiat. Huraikan pernyataan di atas.
19. Matlamat perundangan Islam bertujuan menjamin kesejahteraan hidup manusia. Huraikan bagaimana matlamat tersebut dapat di capai.
20. Setiap muslim hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah, Rasul, pemerintah Islam dan negara. Huraikan tanggungjawab setiap muslim terhadap negaranya.

1. Pengertian negara Islam.
● Negara yang mengamalkan system pemerintahan yang berteraskan kepada
al-Quran dan al-Sunnah. Melaksanakan perundangan, ekonomi, politik, sosial
dengan adil saksama berlandaskan syariat Islamiah.

2. Sebab negara Islam perlu ditegakkan.
● Untuk merealisasikan hokum Ilahi.
● Untuk menegakkan keadilan.
● Untuk melaksanakan kebajikan.

3. Jelaskan perbezaan negara Islam dan bukan Islam.


Negara Islam Negara bukan Islam
1. Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Berpandukan hokum ciptaan manusia.
2. Hak asasi dilindungi. Hak asasi manusia tidak terjamin.
3. Syura menjadi asas pemerintahan
negara. Pendapat majority rakyat sebagai asas pemerintahan negara.

4. Iman dan taqwa sebagai asas dalam
pemilihan ketua negara. Pemilihan pemimpin tidak diambil kira
Mengenai keimanan dan ketaqwa.


4. Keistimewaan negara Islam.
● Keadilan dapat ditegakkan.
● Mendapat keampunan dan rahmat dan Allah.
● Hak kebebasan rakyat terjamin.
● Kehidupan aman dan harmoni.
● Perundangan Islam dapat dilaksanakan.

5. Rasulullah membentuk satu perlembagaan sewaktu di Madinah kerana:
● Untuk mewujudkan perpaduan dan kehormonian.
● Menentukan kuasa dan hak pemimpin serta rakyat.
● Menetapkan huku dan undang-undang.
● Menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

6. Asas pembentukan negara Islam ialah:
● Lembaga pemilihan kepimpinan dan polisi negara berasaskan system syura.
● Pemimpin yang mempunyai sahsiah mahmudah/akhlak mulia.
● Undang-undang dan negara berdasarkan syariat Islam.

7. Ciri-ciri negara Islam ialah:
● Menjalankan pemerintahan dan pentadbiran berasaskan system syura.
● Perundangan negara berasaskan syariat Islam/al-Quran dan sunnah.
● Pemerintahan yang adil.
● Pemilihan pemimpin berasaskan keimanan dan ketakwaan.

8. Ciri-ciri masyarakat majmuk yang dikehendaki oleh Islam.
● Bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing.
● Saling berkerjasama/bertimbangrasa/betolak ansur.
● Bersama menjaga dan mengawal negara dari ancaman luar.
● Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

9. Kedudukan Rasulullah berdasarkan Perlembagaan Madinah:
● Rasulullah sebagai ketua negara.
● Rasulullah bertanggungjawab dalam semua hubungan diplomatik.
● Rasulullah menjadi rujukan apabila berlaku perselisihan.
● Rasulullah menjadi ketua angkatan tentera.

10. Pengertian khalifah Islam.
● Ketua negara Islam/pucuk pimpinan Islam dalam urusan agama dan dunia.

11. Ciri-ciri khalifah Islam.
● Bertaqwa kepada Allah.
● Berakhlak mulia.
● Bijaksana dan berpandangan jauh.
● Berani menghadapi cabaran.
● Amanah terhadap tugas.
● Berilmu dan beramal dengan ajaran Islam.

12. Pemerintahan Islam mesti memiliki sifat takwa dan amanah kerana:
● Supaya ia sentiasa berhati-hati dalam mengurus dan mentadbir
negara/mengelak daripada berlakunya penyelewengan.
● Memastikan hak-hak dan keperluan rakyat ditunaikan.
● Untuk menegakkan keadilan.
● Memastikan rakyat mendapat kebajikan.
● Untuk memastikan hokum-hukum Allah dilaksanakan.

13. Maksud syura ialah:
● Perbincangan dan permuafakatan sekumpulan ulamak dalam hal-hal yang
berkaitan dengan kepentingan masyarakat berdasarkan keimanan dan
ketaqwaan kepada Allah. Contoh: Melantik pemimpin.

14. Ciri-ciri syura ialah:
● Berpandukan al-Quran dan al Sunnah.
● Mengambil perhatian tentang keperluan diri, rohani dan jasmani manusia.
● Mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk dilaksanakan.
● Berasaskan sistem Rabbani.

15. Sistem syura dikatakan system pemerintahan yang terbaik ialah kerana:
● Mengambil pendapat ramai melalui perbincangan dan mesyuarat.
● Sesuatu perancangan mendapat sokongan semua anggota.
● Masing-masing merasa bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah
dipersetuju.
● Mengeratkan hubungan/perpaduan bertambah erat.


16. Negara Islam ialah “ negara kebajikan dan mendapat keampunan Allah”adalah
benar kerana:
● Negara Islam ditubuhkan untuk memastikan rakyat dapat hidup selesa
mempunyai tempat tinggal, makanan, pakaian, pekerjaan dan pendidikan.
● Negara Islam tidak mengamalkan sebarang bentuk kezaliman dan kezaliman
dan kekejaman terhadap rakyat.
● Negara Islam melaksanakan amanah dan hukum-hukum Allah.

17. Peranan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat.
● Melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap sesuatu amanah yang diserahkan.
● Mewujudkan perpaduan, kerjasama, dan bantu membantu di antara
masyarakat.
● Memupuk budaya kerja yang cemerlang yang akan memajukan organisasi.

18. Huraian kenyataan “ Islam menghendaki setiap rakyat patuh kepada pemerintah
selagi mereka tidak disuruh melakukan maksiat ” ialah:
● Rakyat wajib menumpahkan taat setia kepada pemerintah yang adil supaya
mudah bagi pemerintah mentadbir dan membangunkan negara. Sebaliknya
apabila pemerintah melakukan penyelewengan atau kezaliman hendaklah
dibantah dan dibetulkan.

19. Cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam yang bertujuan menjamin
kesejahteraan hidup manusia adalah:
● Perundangan Islam mendorong manusia berpegang teguh kepada ajaran
Islam.
● Perundangan Islam sentiasa menegakkan keadilan dan kebenaran.
● Pelaksanaan perundangan Islam dapat menghindarkan msyarakat daripada
melakukan jenayah.
20. Tangungjawab setip muslim terhadap negaranya ialah:
● Memakmurkan negara dengan amanah.
● Menjaga keselamatan negara dengan baik.
● Mendaulatkan undang-undang negara.
● Aktif dalam pembangunan negara dan bidang ekonomi.
● Melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang sihat.




SISTEM PENTADBIRAN ISLAM


1. Terangkan pengertian manusia sebagai khalifah.
2. Terangkan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
3. Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Islam.
4. Terangkan cara untuk membina keperibadian Islan yang mulia.
5. Jelaskan bentuk pentadbiran di zaman Rasulullah.
6. Nyatakan tanggungjawab individu kepada masyarakat.
7. Nyatakan sikap seorang pengurus yang baik semasa melakukan perundangan
dalam sesuatu urusan kerja.


1. Pengertian manusia sebagai khalifah.
● Manusia adalah pengganti . wakil Allah yang dipertanggungjawabkan
mengatur kehidupan dan memakmurkan alam berdasarkan syariat Islam.

2. Peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi:
● Mengabdikan diri kepada Allah.
● Memakmurkan/takmir alam.
● Mematuhi perintah Allah.
● Mensyukuri nikmat Allah.

3. Ciri-ciri pentadbiran Islam:
● Berasaskan kepada akhlak Islamiyah.
● Berdasarkan syura.
● Mengambil perhatian kepada keperluan diri, rohani dan jasmani manusia.
● Memenuhi tangungjawab disamping kuasa yang dimiliki.
● Bersifat ideal dan syumul.
● Berasaskan system Rabbani.

4. Cara membina keperibadian insan yang mulia.
● Melaksanakan ibadah fardhu.
● Memperbanyakan ibadah sunat..
● Mempelajari/mendalami ilmu.
● Menerapkan nilai-nilai murni.

5. Bentuk pentadbiran di zaman Rasulullah ialah:
● Rasulullah sebagai ketua negara.
● Segala masalah dirujuk kepada Rasulullah/al-Quran dan al Sunnah.
● Mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan para sahabat (syura).

6. Tangungjawab individu terhadap masyarakat ialah:
● Menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat supaya hidup bersatu padu
dan harmoni.
● Melaksanakan amal kebajikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran.
● Sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain.

7. Sikap pengurus yang baik semasa melakukan perundingan dalam sesuatu urusan
kerja.
● Sabar dan tenang ketika melakukan perundingan.
● Bersikap tolak ansur/toleransi terhadap sesuatu cadangan.
● Menghormati dan bertapang dada terhdap pendapat orang lain.



SISTEM KEHAKIMAN ISLAM


1. Senaraikan sumber-sumber kehakiman/perundangan islam dan huraikan
maksudnya satu persatu.
2. Saidina Umar telah membebaskan hamba yang mencuri unta majikannya
kerana tidak membayar gaji.
Huraikan prinsip-prinsip kehakiman berdasarkan peristiwa tersebut.
3. Terangkanakibat terhadap masyarakat sekiranya hakim tidak berlaku adil
dalam perbicaraan.
4. Terangkan matlamat utama system kehakiman islam.
5. Dalam prosedur kehakiman islam hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman
dalam keadaan marah. Kemukakan kepentingan prosedur di atas.
6. Bagaimanakah kehakiman islam menegakkan keadilan.
7. Bincangkan peranan hakim yang bertindak sebagai pelaksana hukuman.
8. Nyatakan ciri-ciri/sifat-sifat Hakim.



1. Sumber-sumber kehakiman/perundangan islam.
● Al-Quran: Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril atau secara langsung untuk membimbing manusia ke jalan yang benar demi kebahagian mereka di dunia dan akhirat.
● Al-Sunnah: Segala perkataan, perbuatan atau pengakuan Rasulullah tentang sesuatu perkara yang melibatkan hukum islam.
● Ijmak : Persepakatan para ulamak mujtahid tentang sesuatu perkara yang tidak jelas hukumnya di dalam al-Quran dan al Hadis.
● Qias : Menyandarkan hukum bagi sesuatu perkara baru kepada sesuatu perkara yang telah termaktub hukumnya di dalam al- Quran dan al Sunnah kerana persamaan dari segi sebabnya/Ilat. Contoh: Pengharaman tuak diqiaskan dengan pengharaman arak.

2. Prinsip-prinsip kehakiman berdasarkan peristiwa Saidina Umar yang telah
Membebaskan hamba yang mencuri unta majikannya kerana tidak membayar gaji.
● Dalam menjatuhkan hukuman hakim hendaklah mengenal pasti punca
berlakunya sesuatu jenayah.
● Sekiranya terdapat kezaliman/paksaan didalam sesuatu kes, hakim hendaklah
mempertimbangkannya.
● Hakim hendaklah membebaskan tertuduh sekiranya terdapat keraguan.

3. Akibat terhadap masyarakat sekiranya hakim tidak berlaku adil dalam perbicaraan.
● Jenayah tidak dapat dibendung.
● Masyarakat akan bertindak sendiri kerana tidak puas hati.
● Berlaku penindasan golongan kuat ke atas yang lemah.
● Masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan/terancam.

4. Matlamat utama sistem kehakiman Islam ialah untuk:
● Menegakkan keadilan.
● Menentang kezaliman.
● Membela yang dizalimi.
● Melaksanakan qanun ilahi/undang-undang Allah.

5. Kepentingan prosedur kehakiman Islam “hakim tidak boleh menjalankan
hukuman dalam keadaan marah” ialah:
Kemukakan kepentingan prosedur di atas.
● Agar keadilan dapat ditegakkan/mengelak hukuman yang tidak tepat.
● Supaya maruah hakim terpelihara.
● Supaya keputusan mahkamah tidak akan dipertikaikan/Institusi kehakiman
dihormati.

6. Cara kehakiman Islam menegakkan keadilan.
● Menjatuhkan hukuman dengan adil tanpa mengira warna kulit, kedudukan
dan pangkat seseorang.
● Hukuman yang setimpal mengikut kesalahan yang dilakukan.
● Menjatuhkan hukuman tanpa sebarang keraguan.
● Semua hukum berlandaskan al-Quran dan al-Hadis.
● Penghakiman adalah secara menyeluruh.

7. Peranan hakim pelaksana hukuman.
● Menjatuhkan hukuman berlandaskan al-Quran.
● Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama.
● Menjatuhkan hukuman tanpa ragu.
● Membebaskan jika ada keraguan

8. Ciri-ciri/sifat-sifat Hakim.
● Berniat mencari keredaan Allah.
● Berilmu.
● Menguasai danmnendalam al-Quran dan al-Hadis.
● Bertaqwa dan warak.
● Berfikiran waras.
● Berwibawa.
● Berpandangan jauh.



SISTEM SOSIAL ISLAM


1. Terangkan pengertian Sistem Sosial Islam.
2. Jelaskan ciri-ciri Sistem Sosial Islam.
3. Sistem sosial Islam dikatakan system hidup yang terbaik jika dibandingkan dengan system bukan islam. Huraikan.
4. Kenapakah alam remaja dikatakan zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
5. Jelaskan tiga peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.
6. Nyatakan punca-punca keruntuhan akhlak remaja.
7. “ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara” ( al-Hujurat: 10 )
Nyatakan usaha-usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan/ukhuwah
Islamiyah dikalngan masyarakat.
8. Nyatakan kesan sekiranya orang mukmin memutuskan tali persaudaraan.
9. Huraikan bagaimanakah pembentukaan keluarga bahagia dapat dicapai.
10. Anak-anak dikatakan satu amanah dan juga fitnah. Bincangkan.
11. Hubungan kekeluargaan amat penting di dalam Sistem Sosial Islam. Jelaskan penyataan di atas.
12. “ Sesungguhnya bagi tuhan kamu ke atas kamu ada tanggungjawab, ke
atas diri kamu ada tanggungjawab, ke atas keluarga kamu ada
tanggungjawab, maka tunaikanlah segala tanggungjawab itu kepada yang berhak menerimanya” ( maksud hadis ) Berdasarkan maksud kenyataan di atas huraikan kewajipan seorang muslim ke atas keluarganya.
13. Huraikan kewajipan seorang muslim terhadap masyarakat.
14. Berikan akibat buruk jika tidak menunaikan tanggungjawab kepada ahli
keluarga.
15. Terangkan matlamat utama Sistem Sosial Islam.
16. Nyatakan aspek sosial Islam yang boleh berubah dan tidak boleh berubah.
17. Bagaimanakah cara untuk mencapai Sistem Sosial Islam yang bersifat
Rabbani.



1. Pengertian sistem sosial Islam.
● Perhubungan sesama manusia melalui ikatan undang-undang Rabbani untuk mencapai kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan aman damai.

2. Ciri-ciri sistem sosial Islam.
● Ciptaan Allah.
● Berteraskan perancangan Allah/ batasan allah dalam
pergaulan.
● Menjalinkan ikatan ukhuwah berteraskan akidah, syariat dan akhlak.


3. Bandingkan sistem sosial Islam dengan sistem sosial bukan Islam.





Sistem Sosial Islam Sistem Bukan Islam
1. Berasaskan al-Quran. Berdasarkan pemikiran
2. Berdasarkan kepada ukhuwah. Berdasarkan kedudukan, warna kulit dan lain-lain.
3. Mementing urusan dunia dan akhirat. Mementingkan kebendaan/keduniaan semata-mata.


4. Alam remaja dikatakan zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran kerana:
● Remaja mudah terdorong dengan hawa nafsu.
● Remaja mempunyai perasaan ingin tahu/mencuba sesuatu
terlalu tinggi.
● Remaja mudah terpengaruh dengan persikitaran / rakan.

5. Peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.
● Menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
● Menjauhkan diri dari perkara-perkara negatif.
● Menceburi bidang kemahiran/teknologi.

6. Punca-punca keruntuhan akhlak remaja ialah:
● Kurangnya penghayatan Iman.
● Kurangnya Ilmu agama.
● Kurang perhatian daripada ibubapa.
● Pengaruh media massa dan persekitaran/rakan.
● Kurang didikan agama.

7. Usaha-usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan/ukhuwah
Islamiyah dikalangan masyarakat.
● Amalan ziarah menziarah.
● Memberi/menjawab salam.
● Menunaikan solat secara berjemaah.
● Tolong menolong/Bantu membantu.

8. Kesan sekiranya orang mukmin memutuskan tali persaudaraan.
● Berlaku permusuhan/pergaduhan/perpecahan.
● Menggugat kestabilan negara.
● Melemahkan umat Islam.
● Umat Islam mudah dijajah/dipermainkan.

9. Huraikan bagaimana pembentukan keluarga bahagia dapat dicapai.
● Semua ahli keluarga mesti melakukan tanggungjawab masing- masing.
● Bersefahaman/bertolak ansur/berkasih saying.
● Mesti amanah dan jujur dalam semua urusan.
● Bekerjasama dalam melakukan kebajikan.
● Bersama membenteraskan kemungkaran.
● Menjadikan agama sebagai asas pembentukan keluarga.

10. Anak-anak dikatakan satu amanah dan juga fitnah. Bincangkan.
● Anak-anak dikatakan satu amanah kerana ibu bapa wajib
menyempurnakan pendidikan anak-anak dengan sempurna supaya menjadi insan bertaqwa.
● Anak-anak dikatakan satu fitnah iaitu apabila ibu bapa lalai dan gagal mematuhi perintah Allah kerana mengutamakan anak-anak.

11. Alasan yang menyatakan hubungan kekeluargaan amat penting
didalam Sistem Sosial Islam;
● Sistem sosial Islam melahirkan individu yang mampu
menyumbang kearah pembentukan masyarakat berkualiti.
● Sistem sosial Islam melahirkan ahli masyarakat yang
berakhlak mulia, penyayang dan amanah.

12. Kewajipan seorang muslim ke atas keluarganya.
● Memberi nafkah/menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian dan makanan.
● Menjaga keselamatan ahli keluarga daripada perkara yang membahayakan.
● Memberi pendidiklan yang sempurna kepada ahli keluarga iaitu ilmu fardhu ain dan limu fardhu kifayah
13. Kewajipan seorang muslim terhadap masyarakat.
● Menziarahi ketika sakit.
● Membantu ketika dalam kesusahan.
● Memberi salam ketika bertemu.
● Tolong menolong dalam perkara kebajukan.
● Nasihat menasihati.

14. Akibat buruk tidak menunaikan tanggungjawab kepada ahli
keluarga.
● Hidup keluarga akan menderita/kucar kacir/tiada kebahagian.
● Terlibat dengan perkara-perkara yang menyalah hukum syarak.
● Tidak mendapat keberkatan Allah.
● Jahil dalam ilmu agama.

15. Matlamat utama Sistem Sosial Islam.
● Memupuk semangat berkerjasama antara anggota masyarakat untuk melaksanakan kebajukan.
● Menghindarkan masyarakat dari melakukan dosa dan
kezaliman.
● Memupuk ukhuwah Islamiah tanpa mengira warna kulit dan keturunan.
● Menegakkan keadilan sosial dengan memberi kebebasan dan hak tertentu kepada masyarakat.



16.Aspek sosial Islam yang boleh berubah dan tidak boleh berubah:



Boleh berubah

Tidak boleh berubah

Fesyen pakaian.

Hukum menutup aurat.

Kaedah mencari dan memiliki harta.

Peraturan mencari dan memiliki harta.

Methodologi menuntut Ilmu.

Hukum menuntut Ilmu.


16. Cara mencapai Sistem Sosial Islam yang bersifat Rabbani.
● Mengenal dan menghayati Sistem Sosial Islam.
● Berusaha memperkukuh perpaduan antara satu sama lain.
● Berusaha mencapai kebahagian diri, keluarga dan masyarakat berdasarkan syariat.



KONSEP HARTA DALAM ISLAM


1. Huraikan konsep harta menurut Islam.
2. Islam memerintahkan umatnya mencari harta untuk memenuhi
keperluan hidup disamping menjadikannya sebagai ibadat.
Jelaskan tioga syarat mencari harta supaya diterima menjadi ibadat.
3. Huraikan bentuk ujian Allah terhadap manusia yang memiliki harta
yang banyak.
4. Terangkan alas an yang menunjukkan bahawa Islam menggalakkan
Umatnya memiliki harta sebanyak mungkin.



5. Harta adalah milik sementara yang diamanahkan oleh Allah kepada
Manusia. Jelaskan konsep pemilikan harta menurut Islam.
6. Manusia bebas memiliki harta dan membelanjakannya. Huraikan cara
Membelanjakan harta agar ianya direda Allah.
7. Apakah yang dimaksudkan dengan pembaziran harta.
8. “ Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan”
( Maksud ayat: al-Israk ayat 27 )
9. Jelaskan kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.
10. Mengapakah umat Islam masih lagi melakukan pembaziran.
11. Bagaimanakah kita dapat mencegah perbuatan membazir.
12. Terangkan maksud wasatiah dalam penggunaan harta.
13. Mengapakah wasatiah dalam penggunaan harta dituntut dalam Islam.
14. Harta merupakan kurnian Allah kepada manusia, oleh itu manusia hendaklah bersyukur kepadanya.
Jelaskan tiga cara yang patut dilakukan ke atas harta sebagai tanda
kesyukuran.
15. Pemilik harta yang enggan membayar zakat adalah menyalahi
peraturan hak milik harta dalam Islam
Mengapakah terdapat segolongan umat masih enggan membayar
zakat.
16. Mengapakah Allah membenarkan manusia memiliki harta.
17. Apakah kesan buruk jika manusia diberi kebebasan sepenuhnya
memiliki harta.
18. Nyatakan contoh pemilikan harta yang dilarang oleh Islam.
19. Bagaimanakah harta boleh membawa kebahagian dunia dan
akhirat.
20. Nyatakan implikasi atau kesan buruk hidup tanpa harta.
21. Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli.
22. Jelaskan kesan monopoli.
23. Apakah yang dimaksudkan dengan manipulasi.
24. Jelaskan keburukan manipulasi.
25. Apakah yang dimaksudkan dengan spekulasi.
26. Nyatakan sebab Islam mengharamkan perbuatan spekulasi.
27. Apakah yang dimaksudkan pecah amanah.
28. Jelaskan implikasi pecah amanah.
29. Jelaskan contoh pecah amanah dan kesan perbuatan pecah amanah.
30. Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah.
31. Mengapakah segolongn umat Islam masih mengamalkan rasuah.
32. Jelaskan kesan amalan rasuah.
33. Apakah yang dimaksudkan dengan riba.
34. Jelaskan implikasi amalan riba.
35. Bagaimanakah amalan riba boleh dihindarkan.
36. Sebahagian umat Islam masih mengamalkan riba. Mengapakah
amalan tersebut masih berlaku.


1. Konsep harta menurut Islam ialah:
● Harta merupakan milik Allah.
● Harta adalah amanah Allah.
● Harta menjadi ujian kepada manusia.
● Kewajipan mencari dan membelanjakan harta secara halal.

2. Tiga syarat mencari harta supaya diterima menjadi ibadat.
● Ikhlas kerana Allah.
● Mencari harta dengan tidak meninggalkan ibadat fardhu/tidak
lalai.
● Tidak mengganggu kepentingan orang lain.
● Pemilikan harta mestilah berpandukan syariat Islam.

3. Bentuk ujian terhadap manusia yang memiliki harta.
● Ditimpa bencana seperti bencana alam, kebakaran dan lain-lain.
● Menjadikan mereka sombong dan angkuh.
● Membelanjakan harta secara batil/yang tidak diredha.
● Allah memudahkan lagi jalan mendapatkan harta.
● Kesibukan mencari harta hingga lupa tanggungjawab kepada
Allah.

4. Alasan bahawa Islam menggalakkan umatnya memiliki harta
sebanyak mungkin.
● Ibadat zakat dan haji yang diwajibkan oleh Islam memerlukan
harta sebanyak mungkin untuk melaksanakan.
● Untuk membantu golongan yang miskin seseorang itu mestilah memiliki harta.
● Islam mewajibkan ketua keluarga menyediakan kemudahan asas bagi diri dan keluarga.
● Islam tidak menggalakkan umatnya bergantung kepada orang lain.

5. Konsep pemilikan harta menurut Islam ialah:
● Mencari harta mestilah mengikut cara Islam.
● Sebahagian dari harta mestilah dikeluarkan zakat.
● Tidak mengganggu kepentingan orang lain.
● Digunakan untuk manfaat diri dan mayarakat.

6. Cara membelanjakan harta agar ianya direhda Allah.
● Infak kepada mereka yangberhakmenerimanya/derma/sedekah.
● Menggunakan harta untuk berjihad ke jalan Allah/amal jariah.
● Membina kemudahan asas.
● Mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.

7. Maksud pembaziran harta ialah:
● Penggunaan harta pada jalan yang tidak diredha oleh Allah/
maksiat atau membelanjakan kepada perkara yang sia-sia/tidak berfaedah.

8. Sebab Islam melarang umatnya membazir.
● Melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri.
● Menyebabkan seorang itu terpaksa menanggung beban
hutang/kemiskinan.
● Menghilangkan perasaan belas kasihan/kasih saying dan
bertimbangrasa.
● Menjejaskan ekonomi negara.
● Menyebabkan inflasi.

9. Kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.
● Ekonomi sebuah negara tidak stabil.
● Berlaku inflasi ( nilai matawang jatuh dan harga barang
meningkat ).
● Tabungan negara berkurangan.
● Membantutkan pembangunan negara.

10. Umat Islam masih lagi melakukan pembaziran kerana.
● Kurang didikan agama.
● Mementingkan diri sendiri/mengikut hawa nafsu.
● Jahil tentang cara hidup Islam.
● Mementingkan kemewahan dunia.

11. Amalan membazir dapat dicegah dengan cara.
● Merancang perbelanjaan secara bersistematik.
● Membeli barangan mengikut keperluan.
● Bijak mengenal pasti mutu barangan.
● Kempen kesedaran tentang keburukan pembaziran.


12. Maksud wasatih dalam penggunaan harta.
● Bijak menggunakan harta ke arah kebajikan.
● Tidak bakhil dan tidak boros.
● Keseimbangan menggunakan harta untuk dunia dan akhirat.

13. Sebab wasatiah dalam penggunaan harta dituntut dalam Islam.
● Melahirkan sifat jimat cermat.
● Menambahkan keberkatan.
● Meningkatkan taraf ekonomi.
● Mengimbangkan keperluan kehidupan dunia dan akirat.

14. Cara yang patut dilakukan ke atas harta sebagai tanda kesyukuran:
● Membelanjakan harta tanpa boros.
● Membantu golongan yang miskin/yang memerlukan.
● Menggunakan harta untuk faedah orang ramai.
● Mengeluarkan zakat/melaksanakan kewajipan yang berkaitan dengan harta yang dimiliki.


15. Terdapat segolongan umat Islam masih enggan membayar zakat
kerana:
● Bersifat tamak dan bakhil.
● Kurangnya didikan agama.
● Bimbang hartanya berkurangan.
● Iman kurang mantap.

16. Sebab Allah membenarkan manusia memiliki harta.
● Dapat menunaikan zakat dan haji.
● Dapat membantu golongan yang miskin.
● Dapat menyediakan kemudahan asas diri dan keluarga.
● Memenuhi fitrah semula jadi manusia.
● Mendorong manusia berusaha bersungguh-sungguh.
● Membantu manusia mencapai kebahagian hidup.

17. Kesan buruk jika manusia diberi kebebasan sepenuhnya memiliki
harta.
● Lalai tanggungjawab kepada Allah.
● Bersikap sombong dan bakhil.
● Menjejaskan kepentingan orang lain.

18. Contoh pemilikan harta yang dilarang oleh Allah.
● Monopoli.
● Riba.
● Manaipulasi.
● Mencuri.
● Rasuah.
● Salah guna kuasa.

19. Harta boleh membawa kebahagian dunia dan akhirat dengan cara.
● Memanfaatkan harta ke jalan Allah/yang diredha.
● Melaksanakan ibadah wajib/zakat/haji.
● Menggunakan harta untuk kebajikan/derma/sedekah.

20. Kesan buruk hidup tanpa harta.
● Hidup tidak tenteram.
● Ibadat tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
● Keperluan asas kehidupan tidak dapat disediakan.
● Tidak dapat mencapai kemajuan.
● Umat Islam dipandang rendah/hina.

21. Maksud monopoli ialah.
● Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan,
perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam
pasaran tertentu oleh seseorang atau firma tertentu.
● Menyorok barang keperluan untuk dijual dengan
harga yang mahal apabila sangat diperlukan.

22. Kesan monopoli ialah.
● Berlakunya penindasan/pergaduhan dan persengketaan
dalam masyarakat.
● Berlakunya penipuan.
● Menjejaskan kepentingan pengguna.
● Mengikis sifat tamak/mementingkan diri.



23. Maksud manipulasi
● Segala tindakan dan selok belok untuk memperdayakan atau mempengaruhi orang lain demi untuk mengaut keuntungan
yang lebih.
● Menggunakan kemahiran untuk memperolehi untungan peribadi secara tidak sah, contohnya menggurangkan
timbangaan.

24. Keburukan manipulasi.
● Berlakunya penindasan/pergaduhan dan persengketaan
dalam masyarakat.
● Berlakunya penipuan.
● Menjejaskan kepentingan pengguna.
● Mengikis sifat amanah dalam muamalah.
● Melahirkan sifat tamat/mementingkan diri.

25. Maksud spekulasi.
● Proses serta aktiviti/perihal/perlakuan yang keterlaluan
mendorong individu membeli dan menjual sesuatu dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko tinggi.



26. Sebab Islam mengharamkan perbuatan spekulasi.
● Mengharapkan keuntungan cepat tanpa berusaha/hanya bergantung kepada nasib.
● Terdedah kepada risiko yang besar.
● Merosakkan sistem muamalat ( sistem jualbeli ) Islam.

27. Maksud pecah amanah.
● Menyalahgunakan kuasa, menggunakan penagruh atau
kedudukan bagi memperolehi keperluan peribadi.
28. Implikasi pecah amanah.
● Hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap seseorang.
● Mewujudkan sifat pentingkan diri sendiri.
● Berlaku pemusuhan/pergaduhan.
● Berlaku kezaliman/penindasasn.


29. Contoh pecah amanah dan kesan perbuatan pecah amanah dan Kesan perbuatan tersebut.


Contoh pecah amanah Kesan
1. Menggelapkan wang syarikat Syarikat akan mengalami kerugian.
2. Memberi maklumat rahsia kepada musuh Melemahkan pertahanan negara mengancam keselamatan negara.
3. Menyalahgunakan kuasa Menzalimi pihak yang lemah.

4. Mengambil rasuah Berlaku kezaliman/merosakan Institusi negara.


30. Maksud rasuah.
● Memberi atau menerima sesuatu seperti wang, harta atau khidmat daripada sesesuatu dengan cara yang tidak jujur bertujuan mendapatkan sesuatu.

31. Sebab segolongan umat Islam masih mengamalkan rasuah.
● Lemah Iman.
● Kurang pendidikan agama.
● Kedudukan ekonominya tidak stabil.
● Tekanan daripada pihak tertentu/desakan hidup.
● Tiada tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

32. Kesan amalan rasuah.
● Berlakunya penindasan dan kezaliman/ keadilan tidak
dapat ditegakkan.
● Melahirkan sifat mementingkan diri sendiri.
● Sesebuah negara akan menjadi mundur/ matlamat Negara tidak akan tercapai.

33. Maksud riba ialah.
● Pinjaman yang melibatkan tambahan akibat pertukaran barangan sejenis atau tambahan bayaran akibat masa atau penangguhan bayaran.

34. Implikasi amalan riba.
● Berlakunya penindasan.
● Melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri/
mementingkan kemewahan.
● Dilaknati oleh Allah dan tidak diberkati.
● Melebarkan jurang perbezaan golongan kaya dengan golongan miskin.
35. Cara menghindarkan amalan riba.
● Berurusan dengan institusi kewangan yang berasaskan muamalat Islam.
● Membeli barangan secara tunai.
● Berbelanja mengikut kemampuan/mengamalkan sifat jimat cermat.
● Memberi penerangan yang jelas tentang keburukan riba.

36. Sebab umat masih mengamalkan riba.
● Lemah Iman.
● Kurang didikan agama/salah faham dalam konsep Islam.
● Tamak haloba dan inginkan keuntungan dengan cepat
dan mudah.
● Pengaruh persekitaran /hawa nafsu/kawan.




ISLAM DAN PEKERJAAN


1. Islam telah menetapkan garis panduan dalam mencari dan
mentadbir harta. Nyatakan contoh pekerjaan yang dibenarkan
oleh Islam.
2. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia menjadi ibadah
apabila mencukupi syarat-syarat tertentu. Terangkan syarat-syarat
tersebut.
3. Jelaskan etika kerja menurut Islam.
4. Apakah cirri-ciri budaya kerja menurut Islam.
5. Islam sangat mengutamakan etika dalam segala urusan.
Terangkan etika perniagaan menurut Islam.
6. Huraikan matlamat bekerja menurut Islam.
7. Apakah hikmah pekerjaan yang halal menurut Islam.
8. Bekerja sendiri dan makan gaji mempunyai kelebihan dan kekurangan
tersendiri. Huraikan pernyataan di atas.
9. Nyatakan budaya kerja cemerlang menurut Islam.
10. Sarankan langkah-langkah untuk menggalakkan belia Islam menceburikan diri dalam perniagaan.
11. Nyatakan kesan buruk pengangguran.

_________________________________________________________________


1. Contoh pekerjaan yang dibenarkan oleh Islam.
● Bekerja sendiri: seperti bertani, berniaga dan lain-lain.
● Makan gaji/mangambil upah: guru, doctor, buruh dan lain-lain.

2. Syarat-syarat sesuatu pekerjaan menjadi Ibadah ialah.
● Ikhlas kerana Allah.
● Tidak meninggalkan ibadah fardhu.
● Tidak menjejaskan kepentingan orang lain.
● Pekerjaan tersebut hendaklah diharuskan oleh syarak.

3. Etika kerja menurut Islam ialah.
● Bekerja ikhlas kerana Allah.
● Amanah dalam melaksanakan pekerjaan.
● Cekap dan tekun.
● Toleransi semasa berurusan/bermesyuarat.
4. Ciri-ciri budaya kerja Islam.
● Bekerja kerana Allah.
● Perancangan yang lengkap.
● Strategi yang betul.
● Memaksimakan produktiviti dan kualiti.
● Berdisiplin dan menepati masa.
● Patuh kepada arahan organisasi.
● Bersih, cekap dan amanah.

5. Etika perniagaan menurut Islam.
● Tiada unsur-unsur memonopoli/manipulasi.
● Sukatan/timbangan dilakukan denga betul dan tepat.
● Menetap harga berpatutan.
● Tiada unsure riba dan judi.
● Barang yang diperniagakan hendaklah suci dan halal.
● Keredhaan bersama antara penjual dan pembeli.
● Barangan yang diperniagakan berkualiti.

6. Matlamat bekerja menurut Islam.
● Mencari rezeki yang halal.
● Menyara diri dan keluarga.
● Supaya dapat menherjakan ibadat wajib dan beramal jariah.
● Untuk membangunkan ekonomi keluarga dan umat.
● Mencari keredaan Allah.

7. Hikmah pekerjaan yang halal.
● Mendapat keredaan/keberkatan Allah/mulia di sisi Allah.
● Mendapat ketenangan.
● Mendapat kesejahteraan dan keselamatan.
● Terjamin kejayaan yang berkekalan.
● Mendapat rezeki yang halal.

8. Kelebihan dan kekurangan bekerja sendiri danmakan gaji.

Kelebihan Makan Gaji Kelebihan Bekerja Sendiri
● Dapat merancang waktu cuti
● Tanggungjawab terhadap kualiti dan produktiviti dipikul oleh majikan.
● Pendapatan tetap.
● Mendapat kemudahan seperti perubatan dan tempat tinggal.
● Bebas membuat keputusan sendiri.
● Mendapat kepuasan yang maksima.
● Boleh meningkatkan produktiviti/
pendapatan.
● Tidak terikat dengan waktu dan tempat.
Kekurangan Makan Gaji Kekurangan Bekerja Sendiri
● Terikat dengan masa yang tertentu
● Tidak bebas membuat keputusan sendiri
● Pendapatan terbatas/tetap.
● Terikat dengan peraturan kerja.
● Risiko ditanggung sendiri.
● Pendapatan tidak menentu.
● Kualiti dan produktiviti dipikul secara bersendirian.
● Waktu rehat/cuti tidak menentu.

9. Budaya kerja cemerlang menurut Islam.
● Berusaha bersungguh /tekun.
● Ikhlas kerana Allah.
● Istiqamah dalam sesuatu pekerjaan.
● Sentiasa bertawakal kepada Allah.
● Memaksimumkan produktiviti yang berkualiti.
● Mementingkan kualiti.

10. Langkah-langkah menggalakkan belia Islam menceburkan diri dalam
bidang perniagaan.
● Menyediakan kemudahan pinjaman.
● Memberi kursus-kursus kemahiran perniagaan.
● Memberi nasihat/motivasi/galakan.
11. Kesan buruk pengangguran.
● Kadar jenayah meningkat.
● Merebaknya gejala sosial.
● Dibenci oleh masyarakat.
● Negara menjadi mundur.
● Kadar kemiskinan meningkat.




FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM


1. Berikan pengertian perundangan Islam.
2. Jelaskan istilah-istilah dalam perundangan Islam.
3. Jelaskan hikmah Allah mensyariatkan hukum wajib, haram, makruh,
sunat dan harus.
4. Huraikan matlamat perundangan Islam.
5. Huraikan maksud matlamat perundangan Islam memelihara keturunan.
6. Huraikan maksud matlamat perundangan Islam memelihara kehormatan diri.
7. Huraikan maksud matlamat perundangan Islam memelihara agama.
8. Huraikan maksud matlamat perundangan Islam memelihara akal.
9. Huraikan maksud memelihara nyawa dalam matlamat perundangan Islam.
10. Huraikan maksud memelihara harta dalam matlmat perundangan Islam.
11. Jelaskan kesan perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia.
12. Jelaskan perbezaan diantara fatwa, hukum dan pendapat.
13. Nyatan contoh fatwa.
14. Alah menetapkan hukuman ke atas penjenayah tertentu. Jelaskan hikmah Allah menetapkan hukuman tersebut.
15. Nyatakan keistimewaan perundangan Islam.
16. Nyatakan hokum-hukum yang mengatur hubungan sesama manusia.
17. Terangkan sebab umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan.
18. Nyatakan contoh perbuatan yang membawa mudharat kepada akal manusia.
19. Terangkan cara-cara menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak memberi manfaat.


1. Pengertian perundangan Islam.
● Bahasa : Jalan yang lurus.
● Istilah : Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk kebahagian dunia dan akhirat.

2. Istilah-istilah dalam perundangan Islam.
● Rukun : Perkara asas yang mesti dilaksanakan dalam suatu ibadat,jika tertinggal salah satu daripadanya maka ibadah tersebut tidak sah. Contoh : Tertinggal membaca fatihah membatalkan Solat.

● Syarat sah: Tuntutan yang mesti dipenuhi untuk menjadikan sesuatu ibadah itu sah. Contoh: Solat tidak sah tanpa wuduk.

● Fiqh : Hukum amali yang dijtihadkan oleh para mujtahidn berdasarkan dalil syarak yang tafsil.. Contoh: Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang sah dinikahi membatalkan wudu’ dalam mazhab syafie.
● Qadha : Kepusan yang diputuskan oleh hakim/penguasa di dalam suatu hukuman/pembicaraan berdasarkan hujah dan bukti.Contoh: Mahkamah mengarahkan suami menceraikan Isteri setelah ternyata tidak mampu.
● Wajib : Hukum suruhan yang mesti dilaksanakan,jika melaksanakan akan mendapat pahala dan berdosa jika ditinggalkan. Contoh: Berzakat.
● Haram : Hukum tegahan yang mesti ditinggalkan akan diberi pahala jika meninggalkannya dan berdosa jika melakukannya. Contoh: Meminum arak.
● Sunat : Hukum galakkan agar dilaksanakan, diberi pahala jika megerjakannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Contoh: Berpuasa hari Isnin dan Khamis.
● Makruh : Hukum galakan agar ditinggalkan, diberi pahala jika meninggalkannya dan tidak berdosa jika melakukannya. Contoh : Melambatkan berbuka puasa.
● Harus : Hukum pilihan sama ada melakukannya atau
meninggalkannya ( diberi kebebasan untuk memilih )
Contoh: Hukum asal perkahwinan adakah harus.
● Halal : Hukum yang membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan. Contoh: Makanan bersih halal dimakan.
● Ijtihad : Pendapat utama mujtahid terhadap sesuatu perkara baru yang tidak terdapat hukumnya di dalam al-Quran dan Hadis.
● Syarat Wajib: Tuntutan yang perlu ada untuk menjadikan sesuatu
ibadah itu wajib dilaksanakan.Contoh: Wajib menunaikan solat apabila masuk waktu.
● Fatwa : Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa berhubung hukum syarak bagi masalah baru berlandaskan al-Quran dan al-Hadith.

3. Hikmah Allah mensyariatkan hukum:
Wajib:
● Supaya manusia tidak akan meninggalkan perkara yang penting dalam agama.
● Sebagai manusia tidak akan meninggalkan perkara yang penting dalam agama.
● Sebagai ujian kepada manusia sama ada mematuhi perintah Allah atau mengingkarinya.
● Untuk memastikan golongan tertentu melaksanakan sesuatu ibadat
yang disyaratkan.

Haram:
● Menjaga kepentingan manusia.
● Supaya manusia hidup dengan aman dan tenteram di dunia.
● Mengawal nafsu manusia.

Makruh:
● Supaya berhati-hati agar tidak terjerumus kepada perkara yang haram.
● Mengelak diri daripada melakukan perkara yang tidak baik/sia-sia.
● Mengelakkan daripada terlibat dan dibenci oleh Allah dan manusia.

Sunat:
● Supaya umat Islam sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan.
● Memberi peluang mendapat sebanyak mungkin ganjaran pahala.
● Menghapuskan dosa-dosa kecil.
● Mendekatkan diri kepada Allah.

Harus:
● Memberi kebebasan memilih mengikut kehendak/keperluan masing- masing.
● Memberi kemudahan dan kelonggaran kepada umat Islam.
● Sebagai tanda kasih dan rahmat Allah kepada makhluknya.

4. Matlamat perundangan Islam ialah:
● Memelihara keturunan.
● Memelihara kehormatan diri.
● Menjaga harta.
● Memelihara akal.
● Memelihara agama.
● Memelihara nyawa.

5. Maksud matlamat perundangan Islam memelihara keturunan adalah:
● Perkahwinan dapat menghiindarkan daripada fitnah dan maksiat.
● Perkahwinan dapat memelihara zuriat supaya bersih dan suci.
● Memantapkan institusi keluarga

6. Maksud matlamat perundangan Islam memelihara kehormatan diri.
● Menjamin kemulian diri.
● Terhindar dari anasir negatif.
● Mengawal tingkah laku supaya berakhlak mulia.

7. Maksud matlamat perundangan Islam memelihara agama.
● Menjaga akidah umat Islam.
● Memartabatkan hukum Allah.
● Dapat melaksanakan dan mentaati perintah Allah.

8. Maksud matlamat perundangan Islam memelihara akal.
● Menjauhkan perkara yang boleh merosakkan akal.
● Membimbing manusia berfikiran rasional.
● Mendorong manusia memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah.

9. Maksud memelihara nyawa dalam matlamat perundangan Islam ialah.
● Kewjipan menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
● Menjamin keselamatan manusia dari bahaya.
● Mengharamkan pembunuhan tanpa sebab yang dibenarkan.
● Mengharamkan perbuatan membunuh diri.

10. Maksud memelihara harta dalam matlamat perundangan Islam.
● Mewujudkan keamanan masyarakat dan negara dengan perbuatan mencuri, menipu dan lain-lain.
● Mewajibkan mencari dan memiliki harta secara sah/diredha Allah.
● Islam menghendaki harta diurus secara bermanfaat/tidak membazir.

11. Kesan perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia adalah.
● Supaya terpelihara daripada fitnah.
● Mengelakkan perpecahan/perbalahan.
● Menentukan pembahagian harta pesaka.
● Hak penjagaan anak terjamin.
● Setiap ahli keluarga mendapat hak.
● Menjaga maruah diri dan keturunan.
● Menentukan hak mewalikan nikah.

12. Perbezaan di antara fatwa, hukum dan pendapat.
Fatwa Pendapat Hukum
● Oleh Majlis Fatwa ● Oleh individu ● Ketetapan Allah
● Wajib dipatuhi ● Tidak wajib ● Wajib dipatuhi
● Berkatan dengan hal agama ● Berkaitan dengan hal umum ● Berkaitan dengan hal agama
● Merujuk kepada sumber yang disepakat ulama ● Pelbagai sumber ● Al-Quran dan al-Hadis.


13. Contoh fatwa.
● Hukum berkaitan bayi tabung uji.
● Hukum menderma organ manusia.
● Pengharaman penyalahgunaan dadah.

14. Hikmah Allah menetaokan hukuman ke atas penjenayah adalah untuk.
● Menegakkan keadilan/mengelak kezaliman.
● Memberi keinsafan kepada orang lain/amaran kepada orang yang tidak melakukan maksiat.
● Dapat menyekat jenayah daripada beleluasa.
● Mengujudkan keamanan/kehormonian masyarakat dan negara.


15. Keistimewaan perundangan Islam.
● Dapat mendidik jiwa manusia.
● Merupakan ciptaan Allah/bersih dan kekurangan/kelemahan.
● Memberi persamaan hak dan keadilan.
● Sesuai dilaksanakan pada semua tempat dan masa.

16. Hukum-hukum yang mengatur hubungan sesama manusia ialah:
● Hukum munakahat: Mengatur urusan kekeluargaan dan rumahtangga.
● Hukum muamalat: Mengatur hubungan sesama manusia seharian.
● Hukum jenayah: Berkaitan dengan salahlaku manusia.

17. Sebab umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan.
● Perundangan Islam lengkap dan sesuai untuk dilaksanakan setiap masa dan tempat.
● Perundangan Islam mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan manusia.
● Undang-undang Islam adalah ciptaan Allah.

18. Contoh perbuatan yang membawa mudharat kepada akal manusia.
● Meminum arak.
● Penyalahgunaan dadah.
● Menghidu gam.

19. Cara-cara menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak
memberi manfaat.
● Memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
● Memberi tumpuan kepada pelajaran.
● Sentiasa mengingati Allah/melakukan perkara-perkara sunat.
● Menanamkan kesedaran tentang kepentingan masa/kesempatan
yang ada .


FALSAFAH MUNAKAHAT

1. Nyatakan falsafah munakahat.
2. Apakah maksud munakahat.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan nikah.
4. Nyatakan faedah/hikmah perkahwinan.
5. Jelaskan hikmah disyariatkan wali sebagai salah satu daripada rukun nikah.
6. Mengapakah enggan berkahwin boleh mendatangkan keburukan.
7. Antara tujuan perkahwinan dalam Islam ialah memelihara akhlak
manusia. Terangkan hujah bagi menyokong pernyataan di atas.
8. Bagaimanakah cara menyelamatkan diri daripada terjerumus ke lembah perzinaan.
9. Dalam syariat Islam manusia dituntut memelihara keturunan untuk tujuan tertentu. Jelaskan tujuan tersebut.
10. Jelaskan hukum perkahwinan satu persatu.
11. Pertunangan bagi pasangan yang ingin berkahwin adalah penting Bincangkan.
12. Nyatakan hikmah iddah terhadap pasangan suami dan isteri.
13. Bagaimanakah sesuatu perkahwinan boleh menjadi ibadat.
14. Nyatakan kesan perlaksaan akad nikah.
15. Mengapakah Islam menggalakkan seseorang itu berkahwin.
16. Saksi dalam sistem munakahat mestilah seorang yang adil.
Jelaskan maksud adil dalam pernyataan tersebut.
17. Jelaskan kepentingan saksi dalam pernikahan.
18. Jelaskan tanggungjawab suami.
19. Jelaskan tanggungjawab isteri.
20. Jelaskan tanggungjawab bersama suami isteri.



1. Falsafah munakahat ialah:
● Ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga keturunan umat manusia secara sah dan bertanggungjawab.

2. Maksud munakahat.
● Sistem yang mengatur perkara yang berkaitan dengan perkahwinan pencerai, kewajipan suami isteri dan sebagainya.

3. Nikah bermaksud.
● Bahasa berkumpul.
● Syarak: Ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup bersama, tolong-menolong dan
menunaikan naluri seks secara halal.

4. Faedah/hikmah perkahwinan.
● Mendapat ketenangan jiwa.
● Melahirkan rasa bertanggungjawab dikalangan suami isteri.
● Memupuk semangat daya juang yang tinggi.
● Memelihara nasab/keturunan.
● Mengembangkan zuriat umat Islam.Hikmah disyariatkan wali sebagai salah satu daripada rukun nikah.
● Supaya akad nikah tidak dilakukan dengan sewenang-sewenangnya.
● Supaya tidak berlaku penipuan dan fitnah.
● Mengesahkan status perempuan tersebut.
● Membuktikan bakal isteri daripada nasab yang sah.

5. Enggan berkahwin boleh mendatangkan keburukan kerana:
● Menyalahi sunnah rasulullah.
● Membantutkan perkembangan zuriat manusia.
● Menghapuskan istitusi kekeluargaan.
● Terdorong melakukan maksiat/bersekedudukan.

6. Hujah bahawa perkahwinan dalam islam ialah memelihara akhlak
manusia ialah:
● Melalui perkahwinan nafsu seks dapat disalurkan dengan baik dan beradab sopan.
● Memupuk kasih saying dan hubungan mesra suami isteri.
● Menyekat dari melakukan maksiat.

7. Cara menyelamatkan diri daripada terjerumus ke lembah perzinaan.
● Menghindarkan diri dari pergaulan bebas.
● Menjauhkan diri daripada tempat-tempat maksiat.
● Menjaga akhlak/tngkah laku.
● Berkahwin apabila cukup syaratnya.
● Mengamalkan Islam dalam kehidupan.
● Menutup aurat/memelihara pandangan.
● Menghindarkan diri daripada unsur-unsur/bahan lucah.

8. Dalam syariat Islam manusia dituntut memelihara keturunan untuk
tujuan.
● Melahirkan zuriat yang bersih dan suci.
● Mengelakkan daripada maksiat dan fitnah.
● Memantapkan institusi kekeluargaan Islam.
● Sistem munakahat Islam dapat diteruskan.
● Dapat menentukan/memelihara pertalian keturunan.


9. Hukum perkahwinan.
● Haram : Mereka tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin serta berkahwin dengan tujuan menzalimi pasangannya.
● Sunat : Mempunyai nafkah, sihat tubuh badan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi berupaya mengawal nafsu.
● Wajib : Mempunyai nafkah, sihat tubuh badan dan takut terjerumus kepada zina kerana tidak dapat mengawal nafsu.
● Makruh : Mereka yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri.
● Harus : Mereka yang tidak ada perkara mendesak untuk untuk berkahwin dan juga tidak ada perkara yang menghalang.

10. Pertunangan bagi pasangan yang ingin berkahwin adalah penting
supaya.
● Dapat memberi peluang menilai pasangan masing-masing.
● Mengenali bakal pasangan masing-masing/suami isteri.
● Supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati.
● Dapat berpeluang mengenali pasangan masing-masing.

11. Hikmat iddah terhadap pasangan suami dan isteri.
● Memberi peluang kepada suami isteri untuk kembali semula kepada ikatan perkahwinan.
● Memastikan rahim perempuan tersebut bersih daripada zuriat bekas ssuaminya.
● Memberi masa kepada isteri untuk menyesuaikan diri hidup bersendirian/tanpa suami.
● Memberi penghormatan kepada kaum wanita.

12. Perkahwinan boleh menjadi ibadat apabila.
● Niat perkahwinan kerana Allah.
● Segala kalfiat perkahwinan hendaklah mengikut hukum syarak.
● Niat kerana mengikut sunnah Rasulullah.

13. Kesan perlaksaan akad nikah menyebabkan.
● Isteri wajib mentaati suami.
● Halalnya hubungan lelaki dan perempuan yang telah diijabkabulkan.
● Suami bertanggungjawab memberi nafkah, pendidikan dan perlindungan.
● Suami isteri berhak mewarisi harta peninggalan masing-masing.
● Suami isteri sama berkongsi tanggungjawab membina kebahagian keluarga dan rumahtangga.

14. Islam menggalakkan seseorang itu berkahwin kerana:
● Untuk memupuk sikap bertanggungjawab.
● Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik.
● Dengan perkahwinan dapat mengembangkan dakwah Islamiah.
● Dapat mengatasi masalah sosial.

15. Saksi adil dalam sistem munakat bermaksud.
● Seseorang yang warak/zuhud.
● Tidak meninggalkan dosa besar dan mengekal dosa kecil.
● Tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah/tidak fasik.
● Boleh dipercayai/tidak dikenali sebagai seorang yang pembohong.

16. Kepentingan saksi dalam pernikahan kerana.
● Untuk memastikan sesuatu pernikahan itu dilaksankan mengikut syarak.
● Menjadi rujukan jika berlaku sesuatu masalah antara suami isteri.

17. Tanggungjawab suami ialah:
● Memberi nafkah kepada isteri dan anak.
● Memberi layanan yang baik kepada isteri.
● Memberi didikan yang sempurna kepada anak dan isteri.


19. Tanggungjawab isteri ialah:
● Taat kepada suami.
● Memberi layanan yang baik dan ikhlas kepada suami.
● Menjaga suami harta suami.
● Menjaga maruah diri dan keluarga.

18. Tanggungjawab bersama suami isteri ialah:
● Mengekalkan kerukunan rumah tangga.
● Memelihara dan mendidik anak-anak.
● Memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua pihak.



FALSAFAH MUAMALAT


1. Apakah maksud muamalat.
2. Nyatakan prinsip utama dalam undang-undang perniagaan Islam.
3. Huraikan perbezaan di antara sistem bank secara Islam dengan sistem konvensional.
4. Berikan contoh muamalah yang dibenarkan dan muamalah yang dilarang
oleh Allah.
5. Jelaskan pengertian istilah berikut:
a. Al-Quran b. Bait’ Bithamanil Ajil c. Murabahah
d. Qardhul Hasan e. Mudharabah f. Ar-Rahn
g. Takaful
6. Jelaskan faedah-faedah muamalah Islam.
7. Huraikan peranan muamalah Islam dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan aman.
8. Berikan contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yang
sentiasa tolong menolong.
9. Bermuamalah tidak mengikut sistem Islam membawa beberapa kesan buruk.
Jelaskan.
10. Muamalah Islam dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.
Jelaskan etika muamalah Islam.
11. Nyatakan cirri-ciri Muamalah Islam.
12. Bagaimanakah cara mendorong masyarakat agar bermuamalah secara Islam.
13. Nyatakan etika muamalah Islam.

1. Muamalat bermaksud:
● Tatacara hubungan sesama manusia yang berkaitan dengan harta benda untuk memenuhi keperluan kehidupan mengikut ajaran Islam.

2. Prinsip utama dalam undang-undang perniagaan Islam ialah:
● Kebebasan pelanggan dalam memilih dan membeli barangan yang
dikehendaki.
● Kewajipan memasarkan/menjual barangan yang baik/berkualiti.
● Perniagaan mestilah bebas dari unsur penipuan/monopoli/bertolak ansur.
● Memberi layanan baik kepada pelanggan/bertolak ansur.

3. Perbezaan di antara sistem bank secara Islam dengan sistem konvensional
Ialah:


Perbankkan Secara Islam
Secara Konvensional

1. Membantu menyelesaikan masalah kewangan
2. Bebas dari riba
3. Memberi peluang kepada pelanggan mengembangkan harta melalui konsep pelaburan
4. Bermatlamatkan keuntungan bersama Menambah bebanan hutang

Berasaskan riba
Mengambil kesempatan daripada simpanan/pelaburan pelanggan untuk keuntungan bank
Mementingkan keuntungan bank semata-mata



4. Contoh muamalah yang dibenarkan dan muamalah yang dilarangkan oleh
Allah ialah:

Contoh Muamalah Yang Dibenarkan
Contoh Muamalh Yang Dilarang

● Al-Ijarah-sewa menyewa menurut Islam ● Muamalah yang mengadungi rasuah
● Ar-Rahn- gaian secara Islam ● Mengamalkan monopoli
● Al-Bal’-jual beli secara Islam
● Muamalah yang berunsurkan riba

5. Pengertian Istilah-istilah berikut:
● Al-Ijarah: Kontrak sewa barangan dengan kadar bayaran tertentu.
● Al-Bal’ Bithamanil Ajil : Kontrak jual beli dengan bayaran tertangguh/bayaran ansuran mengikut tempuh masa yang dipersetujui.
● Murabahah : Kontrak jual beli sesuatu barangan dengan keuntungan penjual yang diketahui dan dipersetujui bersama.
● Qardhul Hasan : Pinjaman untuk tujuan memberi bantuan kepada seseorang yang memerlukan tanpa dikenakan apa-apa keuntungan.



● Mudharabah: Sesuatu kontrak perkongsian perniagaan diantara pemodal dan pengusaha dimana keuntungannya dibahagikan mengikut persetujuan bersama.
● Ar-Rahn: Gadaian ( mencagarkan sesuatu barangan berharga di atas pinjaman yang dibuat )
● Takafuf: Bekerjasama, lindung melindung dan tolong menolong di antara anggota masyarakat untuk memperolehi perlindungan tatkala menghadapi malapetaka dan bencana.

6. Faedah faedah muamalah Islam ialah:
● Memperkemaskan dan melicinkan urusan kehidupan seharian manusia.
● Mewujudkan rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah/
perjanjian yang dipersetuju.
● Mengeratkan hubungan antara individu dengan masyarakat.
● Menghindarkan penindasan dan kezaliman yang berkaitan dengan harta.
● Membangunkan ekonomi masyarakat dan negara.
● Dapat meyempurnakan tuntutan Islam/fardhu kifayah.

7. Peranan muamalah Islam dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang
sejahtera dan aman akan:
● Memupuk sifat jujur dan amanah dalam urusan seharian.
● Memperkemas/melicinkan urussan kehidupan seharian manusia.
● Mewujudkan rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah/
perjanjian yang dipersetujui.
● Mengeratkan hubungan antara individu dengan masyarakat.
● Menghindarkan penindasan dan kezaliman yang berkaitan dengan harta.

8. Contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yang sentiasa tolong menolong seperti:
● Al-Ijarah ( sewa menyewa ): Orang yang memberi sewa dapat
membantu dan penyewa yang memerlukan rumah/kenderaan dan lain-lain.
● Al-Bal’ ( jual beli ) : Penjual dan pembeli saling memperolehi
keuntungan/barangan yang diperlukan.
● Ar-Rahn ( pajak gadai ) : Pemegang gadai dapat membantu pengadai yang menghadapi maslah kewangan.
9. Berrmuamalah tidak mengikut sistem Islam membawa beberapa kesan
buruk kerana:.
● Berlaku pergaduhan / permusuhan.
● Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri/tamak
● Menindas orang lain.

10. Etika muamalah Islam ialah:
● Rajin dan berusaha bersungguh-sungguh.
● Bersikap amanah.
● Bekerja untuk mendapatkan keredhaan Allah.
● Toleransi/nertolak ansur.
● Tidak menjejaskan kepentingan umum.
● Bertujuan membantu:/memberi perkhidmatan disamping mengharapkan keuntungan.
11. Ciri-ciri Muamalah Islam ialah:
● Menjadikan harta sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah.
● Menggalak melakukan kebajikan.
● Mengelak pembaziran.
● Tidak menjejaskan kepentingan orang ramai.

12. Cara mendorong masyarakat agar bermuamalah secara Islam dengan.
● Memberi penerangan tentang kebaikan muamalah islam.
● Menunjuk cara secara jelas melaksanakan muamalah secara Islam.
● Mengadakan ceramah tentang sistem muamalah Islam yang sedang
diamalkan.
● Menyebarkan risalah muamalah secara Islam.

13. Etika muamalah Islam ialah:
● Berdasarkan persetujuan bersama.
● Adil, benar, jujur, cekap, gigih dan sabar.




FALSAFAH HUKUM JENAYAH



1. Apakah maksud jenayah.
2. Nyatakan maksud falsafah jenayah Islam.
3. Huraikan faedah/kepentingan undang-undang jenayah dan qadha.
4. Jelaskan pengertian istilah-istilah berikut:
a. Qisas b. Hudud c. Takzir d. Diat
5. Jelaskan hikmat perlaksanaan hukum hudud dan qisas.
6. Nyatakan jenis kesalahan dan hukuman yang ditetapkan di dalam hukum
7. jenayah Islam.
8. Jelaskan hikmah perlaksanaan hukum takzir dan diat.
9. Jelaskan bukti perlaksaan hukum jenayah berteraskan Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah negara.
10. Ada pendapat mengatakan bahawa hukuman bunuh terhadap orang yang murtad dianggap zalim. Nyatakan alas an menolak pendapat tersebut.
11. Qisas bermaksud pembalasan yang setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.
Mengapakah Allah menetapkan Qisas kepada penjenayah tertentu.
12. Jelaskan perbezaan di antara qisas, hudud dan takzir.
13. Perbuatan mencuri masih berleluasa walaupun hukuman dijatuhkan keatas pesalah. Mengapakah perbuatan tersebut masih berlaku.
14. Bagaimanakah cara mengatasi msalah kecurian menurut Islam.
15. Nyatakan contoh perlakuan jenayah.
16. Terangkan perbezaan antara hukum jenayah Islam dengan hukum jenayah yang tidak berpandukan syariat Islam.


1. Maksud jenayah ialah:
● Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah serta melanggar peraturan bermasyarakat dan bernegara sepertimana yang telah ditetapkan oleh Islam.

2. Maksud falsafah jenayah Islam ialah:
● Peraturan/hukuman yang telah ditentukan oleh Allah untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.

3. Faedah/kepentingan undang-undang jenayah dan qadha’ ialah:
● Menegakkan keadilan.
● Melaksanakan kanun Ilahi.
● Mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat dan negara.
● Menjamin kebebasan diri dan masyarakat.
● Sebagai peringatan/pencegahan kepada orang ramai agar tidak
melakukan jenayah.

4. Pengertian Istilah-istilah berikut:
Qisas
● Bahasa: Memotong
● Syarak: Membalas perbuatan jenayah dengan perbuatan yang serupa dengan apa yang telah dilakukan. Contohnya bunuh dibalas dengan bunuh.
Hudud
● Bahasa: Menahan atau mencegah.
● Istilah: Jenis kesalahan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan mesti dilaksanakan oleh manusia berkait dengan kesalahan yang berhubung dengan hak Allah.
Takzir
● Bahasa: Denda.
● Istilah: Denda yang ditetapkan oleh syarak sebagai ganti kepada qisas atau kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah ketegori hudud dan qisas tetapi tidak cukup syarat disabitkan kesalahan.
Diat
● Bahasa : Denda.
● Istilah : Denda yang ditetapkan oleh syarak sebagai ganti kepada qisas yang tidak dilaksanakan.

5. Hikmat perlaksanaan hukum hudud dan qisas ialah:
● Menjamin keamanan, kehormanian dan kesejahteraan individu dan
masyarakat.
● Melindungi nyawa dan harta benda dari dianiaya.
● Menjamin maruah dan keturunan supaya tidak rosak dan tercemar.
● Menggelakkan berlakunya persengketaan dalam keluarga dan
masyarakat.
● Menjaga nama baik dan maruah seseorang.



6. Jenis kesalahan dan hukuman yang ditetapkan di dalam hukumjenayah Islam
ialah:


Jenis Contoh kesalahan Hukuman
● Qisas ● Membunuh
● Mencederakan anggota tubuh badan ● Balas bunuh
● Dibalas cedera yang serupa
● Hudud ● Zina



● Tuduh zina
● Minum arak
● Mencuri
● Murtad

● Merompak
● Disebat 100 kali jika belum berkahwin dan direjam hingga mati jika sudah berkahwin.
● Dirotan 80 kali sebatan
● Dirotan 80 kali sebatan
● Potong tangan
● Dihukum bunuh setelah enggan bertaubat
● Potong tangan secara bersilang.
● Takzir/Diat ● Kesalahan yang tidak termasuk di bawah hukuman qisas dan hudud. Contoh: Mendedahkan aurat, fitnah, kesalahan jalanraya. ● Hakim berhak menentukan/menjatuhkan hukuman mengikut kesesuaian.



7. Hikmah perlaksanaan hukum takzir dan diat ialah:
● Jaminan sosial untuk memberi perlidungan kepada masyarakat.
● Memberi peluang kepada penjenayah bertaubat/tidak mengulangi
kesalahannya.
● Menanam sifat bertolak ansur dan bermaaf-maafan
● Menghindarkan perasan ingin membalas dendam.
● Memberi amaran agar tidak terlanjur melakukan kesalahan yang lebih besar.

8. Buktikan perlaksanaan hukum jenayah berteraskan Islam dapat menyelesaikan
Pelbagai masalah negara ialah:
● Hudud – Dapat menghindarkan/mencegah jenayah tersebut daripada dilakukan.
● Qisas - Dapat mengelakkan rasa tidak puas hati mangsa/keluarganya.
● Takzir - Memberi kesedaran/pengajaran kepada penjenayah dan orang ramai.

9. Ada pendapat mengatakan bahawa hukuman bunuh terhadap orang yang
murtad dianggap zalim tidak boleh diterima keraa:
● Hukum bunuh adalah dari Allah mustahil hukum ini kejam dan zalim.
● Hukum murtad adalah untuk pencegahan dan bukan suatu penganiayaan.
● Orang yang murtad terlebih dahulu diberi peluang untuk kembali ajaran Islam.
● Kepentingan orang ramai dan kesudah agama Islam adalah lebih utama daripada menjaga kepentingan individu.

10. Allah menetapkan qisas kepada penjenayah tertentu kerana:
● Untuk memberi keinsafan kepada penjenayah.
● Supaya masyarakat dapat mengambil iktibar/pengajaran dan hukuman tersebut.
● Mendidik masyarakat menghormati dan menghargai nyawa orang lain.
● Supaya jenayah tersebut tidak akan diulangi lagi.

11. Perbezaan diantara qisas, hudud dan takzir ialah:


Qisas Hudud Takzir
● Hukumnya terkandung didalam al-Quran dan hadis

● Kuasa pengampunan terletak pada waris mangsa.
● Pembalasan adalah hak Allah dan juga mangsa/waris
● Hukumnya sama dengan kesalahan yang dilakukan ● Hukumnya terkandung dalam al-Quran dan hadis

● Tiada kuasa pengampunan
● Pembalasannya adalah hak Allah secara tetap
● Hukumnya telah ditetapkan oleh Allah. ● Hukumnya tidak termaktub di dalam al-Quran dan hadis (ditentukan oleh pemerintah )
● Kuasa pengampunan terletak kepada pemerintahan.
● Pembalasannya adalah hak hakim.
● Hukumannya mengikut budi bicara hakim/pihak berkuasa.



12. Perbuatan mencuri masih berleluasa walaupun hukuman dijatuhkan ke atas pesalah.
● Kerana hukuman yang dikenakan tidak mengikut syarak.
● Kerana terpengaruh dengan keadaan persekitaran/rakan/nafsu.
● Kerana kesempitan hidup.
● Kerana kurang penghayatan agama.

13. Cara mengatasi masalah kecurian menurut Islam ialah:
● Menanamkan sifat-sifat terpuji seperti zuhud dan qanaan/menjauhi sifat tamak.
● Menjaga harta dengan baik.
● Mengenakan hukuman mengikut hokum jenayah Islam.
● Meningkat kefahaman dan penghayatan Islam.

14. Contoh perlakuan jenayah ialah:
● Mencuri, minum arak, berzina dan berjudi

15. Perbezaan antara hukum jenayah Islam dengan hokum jenayah yang tidak berpandukan syariat Islam:

Hukum Jenayah Islam Hukum Jenayah Yang Tidak
Berpandukan Syariat Islam
● Berdasarkan al-Quran dan al-hadis ● Berdasarkan kepada pandangan/ manusia
● Bermatlamatkan keadilan sejagat. ● Bermatlamatkan kebendaan/keduniaan/
kepentingan pihak-pihak tertentu.

● Dapat membentuk/mendidik/jiwa manusia.
● Tidak berupaya/gagal membentuk
jiwa manusia.



PENYELESAIAN MASALAH SECARA ISLAM

1. Jelaskan ciri penyelesaian masalah secara Islam.
2. Jelaskan matlamat penyelesaian masalah secara Islam.
3. Berikan sumber-sumber penyelesaian masalah secara Islam.
4. Bagaimanakah cara penyelesaian masalah secara Islam.
5. Huraikan kelebihan penyelesaian masalah secara Islam.
6. Apa yang dimaksudkan dengan dakwah.
7. Jelaskan sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh pendakwah.
8. Mengapakah dakwah mesti diteruskan.
9. Bagaimanakah cara melakukan dakwah dengan lebih berkesan.
10. Bagaimanakah cara anda berdakwah di sekolah.
11. Huraikan kesan doa dalam pembentukan akhlak.
12. Penyelesaian masalah secara Islam memberi kesan kepada jiwa manusia.Jelaskan pernyataan tersebut.
13. Jelaskan peranan kerajaan dalam menanggani masalah kejahilan umat Islam.
14. Nyatakan cara penyelesaian Islam dalam menangani masalah kemiskinan.
15. Bagaimanakah cara Islam menyatukan masyarakat majmuk.
16. Jelaskan cara penyelesaian Islam dalammenangani perpecahan masyarakat.
17. Berikan contoh keruntuhan akhlak muda-mudi sekarang.
18. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini.
19. Mengapakah penyelesaian masalah mesti dilakukan menurut Islam.
20. Sarankan langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan umat.
21. Bagaimanakah cara institusi zakat boleh meningkatkan ekonomi negara dan umat Islam.
22. Jelaskan cara-cara menangani masalah gejala lepak.
23. Terangkan sumbangan anda dalam usaha membasmi kejahilan masyarakat.
24. Islam memelihara institusi keluarga daripada sebarang kepincangan.
Jelaskan kenyataan di atas.

1. Ciri penyelesaian secara Islam ialah.
● Penyelesaian dilakukan secara menyeluruh.
● Bersumberkan wahyu/al-Quran dan al-Sunnah.
2. Matlmat penyelesaian masalah secara Islam untuk.
● Memperkukuhkan keilmuan.
● Membentuk keperibadian muslim yang mulia.
● Menjamin perpaduan dan persaudaraan ummah.
● Mewujudkan ketenangan dan kemantapan jiwa.
● Menghidupkan semangat daya juang.
3. Sumber-sumber penyelesaian masalah secara Islam.
● Al-Quran, as-Sunnah, al-Ijmak dan Qias.
4. Cara penyelesaian masalah secara Islam.
● Mengikut ajaran al-Quran dan al-Sunnah/amalkan Islam secara menyeluruh.
● Tindakan pemerintahan atau kerajaan menguatkuasakan undang- undang Islam.
● Memberi nasihat dengan bijaksana/dakwah.
● Berpegang teguh dengan akidah Islam.
● Mendalami Ilmu agama.
● Sentiasa berdoa kepada Allah.
● Kesungguhan berusaha/bekerja.
● Sentiasa bermuhasabah/menilai prestasi kerja.
5. Kelebihan penyelesaian masalah secara Islam.
● Mewujudkan kestabilan dalam kehidupan masyarakat dan negara.
● Menjamin perpaduan danpersaudaraan ummah.
● Menghidupkan semangat daya juang.
6. Dakwah bermaksud.
● Usaha menyeru dan menyakinkan orang lain supaya menerima dan mengamalkan ajaran Islam.
● Menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang mereka
melakukan kejahatan.
7. Sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh pendakwah ialah:
● Beriman dan bertaqwa.
● Memahami suasana dan masalah masyarakat.
● Bijaksana/berilmu/petah berbicara, berani menyatakan yang hak.
● Ikhlas kerana Allah, gigih dan tekun.
8. Dakwah mesti diteruskan.
● Untuk meningkatkan kefahaman umat Islam.
● Kerana masih banyak berlaku pelanggaran hokum-hukum Allah.
● Untuk terus menyebarkan ajaran Islam ke seluruh alam.
9. Cara anda dakwah dengan lebih berkesan dengan.
● Menggunakan media massa/teknologi maklumat.
● Menggunakan pelbagai bahasa yang sesuai.
● Menggunakan saluran khidmat amal yang dapat memenuhi kehendak masyarakat.
● Melalui saluran pemerintahan yang melibatkan semua agensi.
● Pendakwah menjadi contoh/beramal soleh/berakhlak mulia.
10. Cara anda berdakwah di sekolah.
● Menunjuk contoh teladan yang baik.
● Menerbitkan risalah-risalah dakwah.
● Menganjurkan minggu dakwah.
● Mengadakan ceramah, forum, takzirah dan lain-lain.
11. Kesan doa dalam pembentukan akhlak dengan cara.
● Manusia sedar bahawa dirinya lemah.
● Menghindarkan sifat sombong dan riak.
● Memotivasikan diri untuk berusaha.
● Dapat menghambakan diri kepada Allah.
● Menambahkan keimanan/ketaqwaan.
12. Penyelesaian masalah secara Islam memberi kesan kepada jiwa manusia.
● Menambah keyakinan kepada Allah dan Rasulnya.
● Melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.
● Menanam sifat ikhlas dalam jiwa.
● Sentisa redha dengan qadak dan qadar Allah.
● Melahirkan semangat jihad.
13. Peranan kerajaan dalam menangani masalah kejahilan umat Islam.
● Menyediakan kemudahan menuntut msalah kejahilan umat Islam.
● Berusaha mengatasi masalah keciciran pelajar.
● Memperbanyakkan program agama.
● Menyebarkan majalah dan kitab-kitab agama kepada orang ramai.
14. Penyelesaian Islam dalam menangani masalah kemiskinan dengan cara.
● Memberi dorongan/motivasi kepada individu dan masyarakat untuk mengubah nasib.
● Golongan yang berada dikehendaki bantuan kepada mereka yang memerlukan.
● Melalui sistem muamalah Islam seperti al-Ijarah, al-Rahn dan al-qarrdhul hasan.
15. Islam menyatukan masyarakat majmuk dengan cara:
● Semua rakyat dan masyarakat mesti mematuhi undang-undang negara.
● Kerajaan bersikap adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
● Mengamalkan kebebasan beragama/berbudaya/bersuara.
● Saling memahami dan menghormati kebudayaan masing-masing.
16. Penyelesaian Islam dalam menangani perpecahan masyarakat dengan cara:
● Memperbanyakkan aktiviti yang boleh memeupuk perpaduan.
● Menerapkan nilai-nilai murni melalui pendidikan.
● Mematuhi segala peraturan dan undang-undang.
● Menghormati antara satu sama lain.
17. Contoh keruntuhan akhlak muda mudi sekarang seperti:
● Budaya lepak dan tidak menghormati orang tua.
● Pergaulan bebas dan berpakaian menjolok mata/mendedahkan aurat.
18. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini seperti:
● Ketinggalan dalam bidang ilmu dan ekonomi.
● Jahil dalam bidang agama, berlaku perpecahan dan permusuhan sesama sendiri.
● Serangan pemikiran daripada negara-negara barat.
19. Penyelesaian masalah mesti dilakukan menurut Islam.
● Kerana menurut Islam sesuatu masalah itu diselesaikan daripada akar umbinya/secara menyeluruh.
● Kerana penyelesaian masalah secara Islam adalah berpandukan wahyu yang pasti benar.
● Kerana penyelesaian masalah secara Islam lebih berbentuk mendidik dan membina keperluan yang mulia.
● Kerana Islam memberi keadilan kepada semua pihak.Langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan umat kerana:
● Menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa umat Islam.
● Memberi kesedaran tenteang kepentingan perpaduan.
● Memperbanyakkan aktiviti yang boleh memupuk semangat perpaduan.
20. Institusi zakat boleh meningkat ekonomi negara dan uamat Islam
dengan cara:
● Menyediakan modal untuk memulakan/mengembangkan perniagaan.
● Memberi bantuan pembelanjaan agar umat Islam mampu menceburi bidang-bidang professional.
● Membantu fakir miskin menyara kehidupan mereka.
● Membina institusi pendidikan dan kemahiran.
21. Cara-cara menangani masalah gejala lepak seperti:
● Memberi didikan agama yang sempurna.
● Mengadakan kem motivasi/bina insan.
● Menganjurkan aktiviti yang berfaedah.
● Mengeratkan hubungan kekeluargaan/kasih saying yang
secukupnya.

22. Sumbangan anda dalam usaha membasmi kejahilan masyarakat dengan cara:
● Membantu mengadakan majlis ilmu seperti ceramah forum dan sebagainya.
● Mengedarkan risalah tenteang kepentingan Ilmu pengetahuan.
● Turut serta dalam usaha membasmi buta huruf.
● Mengajak rakan-rakan berusaha mendalami ilmu pengetahuan.

24. Institusi kekeluargaan terpelihara daripada sebarang kepincangan
kerana:
● Islam telah menetapkan tanggungjawap yang tertentu ke atas suami isteri, ibu bapa dan anak-anak yang wajib ditunaikan.
● Semua pihak dalam sesebuah keluarga mempunyai peranan dan sumbangan dalam membina keruntuhan rumahtangga.
● Hubungan kekeluargaan dalam Islam adlah berdasarkan ikatan yang kukuh dan sempurna.
● Hubungan kekeluargaan Islam adalah berteraskan syariah
Islamiah yang mementingkan akhlak terpuji.


TAMAT

8 comments:

  1. assalamualaikum,.ana minta izin untuk c0py paste n mengambil isi2 penting yang berkaitan untuk dimuatkan dalam asgmnt ana..jazakallah..,insyaAllah..wa syukran kathir ^_^

    ReplyDelete
  2. salam. ustaz, nak tanya. apa beza konsep waqiyyah dengan alamiyah? dr istilah yang mudah dan boleh di bezakan?

    ReplyDelete
  3. ustaz , nak tnya , jelskan kedudukan golongan yang berpegang as-sunnah sbgai prundangan islam

    ReplyDelete
  4. mohon share ..bahan ust ni..jazakumullah.

    ReplyDelete
  5. If you're trying to lose fat then you certainly need to jump on this brand new personalized keto plan.

    To create this service, certified nutritionists, fitness couches, and cooks have joined together to develop keto meal plans that are useful, suitable, cost-efficient, and fun.

    Since their grand opening in January 2019, 100's of clients have already remodeled their figure and well-being with the benefits a proper keto plan can offer.

    Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones given by the keto plan.

    ReplyDelete