Sunday, October 24, 2010

Nota PAI T4


Tajuk 1  : Manusia Perlu Bersyukur (ms1)
1.Intisari ayat surah al-An’am ayat 6
-Di dalam ayat ini Allah SWT memberi peringatan kepada kaum musyrikin mengambil iktibar dari kejadian umat terdahulu yang telah Allah binasakan setelah dikurniakan kemuadian ingkar serta kufur kepada Allah malahan harta dan kuasa yang ada pada mereka tidak dapat menyelamatkan mereka.
2.Nikmat Allah swt
Iman/Islam/kemakmuran/kesihatan/keamanan/akal/kesempurnaan fizikal/merdeka
3.Cara bersyukur
i)Hati-sentiasa ingat Allah
ii)Lidah-berzikir (tahmid/tasbih/takbir/tahlil)
iii)Perbuatan-ibadat wajib dan sunat
4.Iktibar dari kemusnahan kaum terdahulu :
Kaum/Nabi
Kesalahan
Balasan Allah
1.Kaum Ad (Nabi Hud)
Kufur
Angin punting beliung
2.Kaum Tsamud(Nabi Salih)
Hidup mewah tapi angkuh
Gempa bumi/halilintar
3.Kaum Lut (Nabi Lut)
Homoseks
Dibalikkan bumi

5.Manusia sebagai khalifah
a.Tugas khalifah
-Melaksanakan perintah Allah SWT dan mejauhi kemungkaran
-Membangunkan alam/memakmurkan
-berilmu

6.Pengajaran
i)Allah binasakan umat terdahulu disebabkan kekufuran
ii)Pangkat dan kuasa tidak dapat menghalangkan azab Allah
iii)Manusia wajib bersyukur kpd Allah
iv)Memakmurkan alam berdasarkan syariat Allah
v)Umat Islam hendaklah mengambil iktibar

Tajuk 2 : Rasul Penyampai Wahyu (m.s 11)

1.Intisari ayat 50 Surah Al-An’am
Didalalam ayat ini Allah SWTmenjelaskan  :
a)Rasul Penyampai wahyu            
1.Membetulkan aqidah
2.Menjelaskan syariat
3.Cara ibadat yang betul
4.Berakhlak
5.Bermasyarakat/bersosial
6.Memberitahu adanya pahala dan dosa
7.Membertahu adanya akhirat

b)Perkara ghaib :
1.Diberitahu oleh Allah spt kiamat ,ajal maut dsb
2.Kisah umat terdahulu
3.Yang tidak dilihat oleh pancaindera spt udara,jin,syaitan dsb
4.Sesuatu yang akan berlaku spt kemunculan Imam Mahadi dsb
5.Yang diketahui melalui ilmu spt ilmu geologi (petrolium dalam tanah)

3.Tugas manusia
a.Beribadat yang wajib dan sunat
b.Berilmu dan mengkaji
c.Melakukan amar makruf nahi mungkar
d.Berusaha dan bertawakal

4.Pengajaran
a.Rasul penyampai wahyu bagi manusia
b.Allah berkuasa sepenuhnya
c.Umat Islam wajib taat Allah dan Rasul
d.Allah beri perbandingan antara orang cerdik dan bodoh
e.Berfikir berdasarkan wahyu

Tajuk 3 : Larangan Mempersendakan Agama (m.s 20)

1.Intisari ayat 70 surah al-An’am
Huraian ayat :

1.Larangan mempersendakan agama
Allah melarang kita mempersendakan agama melalu :
a.Lisan – Memperkecilkan tuntutan agama
b.Hati – Ragu-ragu terhadap syariat
c.Perbuatan –Menambah atau mengurangkan rukun Islam

Contoh :
Nama golongan
Huraian
Musyrikin
Menyukutukan Allah
Munafik
Berpura-pura Islam
Murtad
Keluar Islam
Asi
Berbuat dosa/maksiat


 2.Tuntutan memelihara agama
a.Iman mesti dibuktikan melalui hati,lisan dan anggota.
b.Berusaha bersungguh
b.Bertawakal
c.Berakhlak
d.Amar makruf nahi mungkar
e.Berwaspada dari anasir yang merosakkan
f.Bijak ekonomi
g.Kuat ketahanan fizikal dan mental

3.Harta dan pangkat ujian Allah
a.Harta dan pangkat adalah ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana tahap iman seseorang pada prinsip syarak
contoh : Saidina Abu Bakar dan Abd Rahman Auf

4.Pengajaran
a.Umat Islam wajib menjaga kesucian Islam
b.Mempersendakan agama akan dibalas neraka
c.Umat Islam jangan jatuhkan maruah Islam
d.Kekuasaan dan kekayaan bukan tiket untuk mendapat redha Allah swt
Tajuk 4: Hidayah Milik Allah swt (m.s 27)

1.Intisari  ayat 125 surah al-an’am
a.Hidayah milik Allah swt
-Hidayah ialah cahaya pertunjuk Allah
-Orang yang  mendapat hidayah akan berubah tingkah lakunya spt Saidina Umar

b.Manusia tidak berkuasa memberi hidayah
-Walaupun Nabi Muhammad saw
-Tapi manusia boleh berusaha mendapatkannya spt dengan beribadat wajib dan sunat/berakhlak

c.Manusia perlu memohon hidayah melalui :
-Allah kurniakan akal
-Manusia boleh tuntut ilmu
-Manusia boleh berdoa
-Manusia boleh berusaha/tawakal

d.Tugas menyampaikan dakwah
Menyeru manusia melalui :
-Berhikmah
-Contoh teladan yang baik
-Berdebat cara yang baik
-Jangan cepat menghukum
-Besangka baik

e.Kesan hidayah
-Beriman
-Berakhlak
-Amar makruf nahi mungkar
-Kemanisan iman
-Berbuat baik

f.Pengajaran
-Allah sahaja berkuasa memberi hidayah
-Kita hendaklah bersyukur atas nikmat iman dan Islam
-Orang yang dapat hidayah akan terbuka menerima hidayah Allah
-Orang yang menerima hidayah akan berubah dari sudut perlakuan/akhlak
-Orang yang mendapat hidayah beruntung dunia dan akhirat

Tajuk 5 : Akidah Teras Kehidupan (m.s 34)

1.Intisari  ayat 161-165 Surah Al-an’am

a.Matlamat hidup mukmin
-Beribadat kepada Allah
-Bertakwa
-Ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

b.Islam agama lurus
-Membawa manusia ke jalan yang lurus tunduk semata-mata kepada Allah swt  (hablum minalallah dan habluminas) – Hubangan dengan Allah dan manusia

c.Tugas dan tanggungjawab manusia
a.Ibadat
b.Khilafah
c.Memakmurkan alam/

d.Manusia bertanggunjawab di atas perbuatannya
-setiap perbuatan manusia tanggungjawab manusia sendiri
-setiap perbuatan akan dibalas

e.Pengajaran
-Islam agama yang benar
-Matlamat muslim berteraskan syariat Islam
-Manusia bertanggungjawab terhadap perbuatan masing2
-Allah bersifat maha adil

Tajuk 6 : Ciri-ciri mukmin Berjaya (ayat 1-11 surah  al-Mukminun)
a. Ciri-ciri :
-khusyuk dalam solat
-menjauhi perkara sia-sia
-mengeluarkan zakat
-Menjaga kehormatan diri
-menjaga amanah dan janji

b. Panduan khusyuk dalam solat
- memahami maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca
-ikhlas menunaikan solat
-menyempurnakan segala syarat dan rukun
-menumpukan pandangan ke tempat sujud
-rasa rendah diri (hamba)menghadap tuhan


c.Mengeluarkan zakat
-Wajib mengeluarkan zakat harta tertentu kepada orang tertentu cukup nisab (kadar),haul (setahun) kerana Allah swt
-Tujuan :
-membantu golongan yang berhak menerimanya
-sebagai pembersih harta

d.Menjaga kehormatan diri
-menutup aurat
-jauhi pergaulan bebas/zina
-berkahwin
-hindar diri dari perkara keji seperti jenayah,rasuah,tipu dsb

e.memelihara amanah dan tepat janji

-wajib tunai amanah kepada Allah swt dan manusia
-jika tidak tunai janji dan amanah dikira munafik

f.Jaga waktu solat

-Wajib tunai solat bila tiba waktunya
-tunai rukun qauli dan fi’li
-khusyuk

g.Pengajaran

-Tunaikanlan solat dgn khusyk kerana ia tiang agama
-Allah swt telah menjelaskan cirri mukmin yang Berjaya
-Umat Islam hendaklah pelihara kehormatan diri
-Umat Islam hendaklah tunai amanah dan janji
-Umat Islam mesti berazam berjaya dunia dan akhirat

Tajuk 7 : Nasihat LukmanulHakim (ayat 12-19)

a.Lukmanulhakim
-Seorang hamba Allah yang bertakwa dan solih
-namanya tercatat dlm al-Quran
-Allah anugerahkan ilmu,kebijaksannan dlm agama
-Al-hakim (bijaksana)
-Kisahnya jadi teladan

b.Intisari nasihat Lukmanulhakim
1.Jangan syirik
2.Berbuat baik terhadap ibubapa
3.Jangan sombong
4.Tunai solat
5.Sabar
6.Amar makruf nahi mungkar

c.Pengajaran
1.Allah menjadikan kisah Lukmanulhakim sebagai contoh teladan
2.Orang beriman sentiasa berwaspada perkara yang merosakkan iman.
3.Akhlak mulia identity umat Islam
4.Islam mengiktiraf peranan ibubapa
5.Sabar adalah kunci kehidupan/sabar dalam ibadah


Tajuk 8: Makanan yang baik (hadis)
1.Intisari hadis
Di dalam hadis ini Rasulullah saw memerintahkan orang yang beriman supaya memakan makanan yang baik dan halal.Orang Islam dilarangkan makan makanan yang haram kerana mendatangkan kesan yang buruk.Mereka harus berusaha mencari makanan yang halal

2.Kebaikan/hikmah  makanan yang halal
a.Kesihatan
b.memelihara akal
c.keberkatan/keredhaan Allah/amalan diterima
d.mempengaruhi tingkah laku

3.Ciri makanan yang halal
a.Tidak mudharat kesihatan/akal
b.Disembelih dgn nama Allah swt
c.Halal dari segi hukum
d.Diusaha orang Islam

4.Hubungan makanan dengan ibadah
a.Makanan yang baik punca ibadat diterima
b.Makanan yang baik tanda kejernihan jiwa

5.Rukhsas (kelonggaran)makan makanan yang haram
a.Tiada makanan yang halal
b.Makan sekadar untuk selamat nyawa
c.Makan bukan untuk kenyang

6.Hikmat makanan yang haram ketika darurat
a.Untuk jaga nyawa
b.Islam agama fleksibel
c.Islam tidak beban umat
d.Untuk kelonggaran

7.Pengajaran
a.Umat Islam hendaklah prihatin dengan makanan yang halal
b.Umat Islam wajib berpegang adanya kaitan makanan dengan ibadah
c.Umat Islam dilarang terjerumus ke lembah yang hina


Tajuk 9 : Perpaduan Teras Kemajuan

1.Intisari hadis
Dilarang hadis ini Rasulullah saw melarang umat Islam membawa perpecahan seperti hasad dengki,membeli jualan orang lain dsb

2.Sikap mazmumah (buruk dalam hadis)
a.Dengki
b.Menipu
c.benci membenci
d.Berpaling muka
e.jualan atas jualan orang lain

3.Sebab Islam larang
a.Untuk wujud perpaduan
b.Untuk elak perpecahan
c.Untuk kestabilan
d.Untuk keharmonian

4.Langkah-langkah perpaduan
a.Memupuk kasih sayang
b.Tolong menolong
c.Hormat menghormati
d.Bertolak ansur
e.Prihatin

5.Ciri perpaduan Islam
a.Teras iman
b.akhlak mulia
c.kearah kebaikan

6.Pengajaran
a.Umat Islam bersaudara jadi kukuhkan persaudaraan
b.Perpaduan sangat penting dalam Islam
c.Umat Islam hendaklah menjauhi sifat dengki  dan lain-lain

Tajuk 10 : Perkara Batal Iman (Aqidah)

1.Pengertian Iman
Bahasa – Percaya
Istilah – Membenarkan dengan hati,mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

2.Kepentingan iman
a.Membentuk muslim sejati
b.Sabar dan redha
c.Besyukur dengan Allah swt
d.Berakhlak mulia
e.Semangat jihad
f.Melahirkan keberanian

3.Perkara yang membatalkan iman
a.syirik
b.kufur
c.riddah
d.khurafat
e.sihir
f.nifak

4.Syirik
a.Erti – menyekutukan Allah swt dengan ses uatu yany lain pada zat,sifat dan perbuatannya.
b.Bahagian syirik :
(i)Syirik jali – secara terang (sembah berhala,sembah pokok)
(ii)Syirik khafi – secara tersembunyi (sifat riya’,sombong,ujub)

5.Kufur
a.Erti – Tidak percaya Allah serta engkar ajaran Nabi Muhammad saw
b.Bahagian kufur :
(i)Hakikat-ingkar rukun iman/syariat nabi Muhammad saw contoh tolak kefardhuan solat
(ii)Nikmat-ingkar Allah sebagai pemberi nikmat seperti membazir,buat maksiat dll

6.Riddah
a.Erti – keluar dari agama Islam
b.Bahagian riddah :
(i)hati – niat keluar Islam
(ii)perkataan – isytihar keluar Islam
(iii)perbuatan-anut agama lain
c.Cara atasi :
(i)nasihat
(ii)Beri perlindungan
(iii)jika masih ingkar boleh hukum bunuh

7.Khurafat
a.Erti – Kepercayaan karut yang bertentangan dengan Islam
b.Contoh khurafat :
(i)Pakai tangkal/azimat
(ii)Suara burung beri mudharat
(iii)Percaya kubur keramat

8.Sihir
a.Erti – Ilmu hitam yang ada kaitan dengan jin/syaitan bertujuan untuk anayai orang lain atau untuk kelirukan mereka

9.Nifak
a.Erti – Pura-pura Islam (luar Islam tapi hati kufur)
b.Ciri munafik :
(i)Bohong
(ii)Mungkir janji
(iii)Khianat
(iv)Melampaui batas (bergaduh)

10.Punca /faktor
a.Kurang iman
b.Kurang didikan agama
c.Pengaruh nafsu/rakan/media dll
d.Terlalu mengejar dunia

11.Akibat
a.masuk neraka
b.berdosa
c.iman batal
d.hati tak tenteram
e.masyarakat huru hara

12.Jalan penyelesaian
a.dakwah
b.didikan
c.terap moral
d.undang-undang
e.masyarakat prihatin

Tajuk 10 : Dosa-dosa besar

1.Erti – Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya

2.Jenis dosa :
(i)Dosa besar – kesalahan yang dikenakan azab dunia dan akhirat spt minum arak,berzina dll
(ii)Dosa kecil – kesalahan yang tidak dikenakan hukuman di dunia spt buang masa/berbual kosong dll

3.Sebab/faktor :
a.kurang iman
b.kurang didikan agama
c.pengaruh
d.rasa tidak bersalah
e.tidak nampak seksaan (ghaib)

4.Dosa-dosa besar :
a.Derhaka kepada ibu bapa
b.Menipu/bohong
c.Mencuri/merompak
d.Riba – faedah/tambahan bayaran dalam proses hutang atau pinjaman.Jenis – (i)riba al-fadl-pertukaran barangan yang sama spt beras dengan beras (ii)riba an-nasiah –penangguhan tempoh bayaran contoh  : pinjam RM 10 dalam tempoh sebulan bayar balik RM 15.
e.Makan harta anak yatim
f.Lari dari perang
g.Mengumpat/fitnah
h.Menagih dadah/minum arak
i.Zina
j.Tuduh zina (qazaf)
k.Liwat dan musahaqah
l.Bunuh diri
5.Kesan :
a.Diri – jatuh maruah/dosa/masuk neraka/hati tak tenang/lalai/jauh dari Allah dsb
b.Masyarakat dan negara – Huru hara,perpecahan,ekonomi runtuh,maruah umat Islam tercemar dll

6.Cara atasi :
a.Didikan agama
b.Akhlak
c.Undang2
d.kempen/dakwah

Tajuk 12 : Taubat

1.Erti : Kembali taat kepada Allah swt setelah menyesal kerana melanggar perintah Allah swt.

2.Hukum : wajib

3.Syarat taubat :
a.Menyesal
b.Berhenti
c.Berazam
d.Minta maaf jika babitkan manusia

4.Hikmah
a.Untuk beri peluang
b.Untuk ketengangan
c.Untuk keampunan
d.Untuk dekat dengan Allah
e.Untuk tingkatkan iman

Tajuk 13 : Lambaian Kaabah

A.Kewajipan haji dan umrah

1.Erti haji : Mengunjungi Mekah kerana ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat tertentu

2.Erti umrah :Mengunjungi Mekah kerana ibadat tertentu dengan syarat tertentu pada bila-bila masa.

3.Upah haji
a.Hukum : harus
b.Sebab harus : meninggal dunia/uzur/terlalu tua/sakit tiada harapan sembuh

4.Hikmah haji :
(i)Individu :
a.Hapus dosa
b.Bersih jiwa
c.Tingkat iman
d.latih sabar
e.Bersyukur

(ii)Masyarakat :
a.Berkenalan
b.ekonomi
c.Hubungan silaturahim
d.Perpaduan
e.Forum perbincangan

B.Cara tunai haji

1.Syarat haji
a.Islam
b.Baligh
c.Berakal
d.Berkuasa
e.Merdeka

2.Maksud “berkuasa”
a.Sihat
b.Aman perjalanan
c.Nafkah cukup
d.Aman perjalanan
f.Ada kenderaan
g.Bg perempuan ada mahram

3.Rukun haji
a.Niat ihram-Niat menunaikan haji
b.Wukuf Arafah – Berada di Arafah walu sekejap antara gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah
c.Tawaf –Keliling kaabah sebanyak 7 kali
jenis tawaf – (i)Tawaf qudum (selamat datang) hukum sunat (ii) Tawaf ifadhah/rukun hukumnya wajib (iii)Tawaf wadak (selamat tinggal hukumnya wajib (iv)Syarat tawaf tutup aurat,suci,7 kali,sebelah kiri kaabah,dalam masjid haram
d.Sai – Jalan ulang alik antara safa dan marwa ,Syarat sai  - mula safa,7 kali,selepas tawaf,niat,berjalan
e.Bercukur –sekurang-kurangnya 3 helai rambut
f.Tertib – ikut susunan

C.Wajib Haji dan Umrah

1.Wajib haji wajib buat kalau tak buat bayar dam

2.Perkara wajib haji
a.Niat ihram di miqat – sempadan masa dan tempat
(i)Bahagian :
-makani (tempat)
-zamani (masa) dari syawal hingga 9 zulhijjah
b.Bermalam di Muzdalifah -10 Zulhijjah
c.Melontar jamrah aqabah – 10 zulhijjah
d.Bermalam di Mina – 11,12,13 zulhijjah
e.Melontar ketiga-tiga jamrah (Aqabah,Wusta,Ula)
f.Meninggalkan larangan ihram – pakaian berjahit bagi lelaki,minyak wangi,potong kuku,tutup kepala bg lelaki,tutup muka bagi perempuan,minyak rambut,berburu,bernikah

3.Sunat haji
a.Mandi sunat
b.Solat 2 rakaat
c.Pakai ihram warna putih
d.Baca al-quran
e.Bertalbiyah
f.Berzikir

4.Hikmah larangan ihram
a.Semua manusia sama
b.Uji iman
c.Beri tumpuan/fokus
d.Latih disiplin
D.Cara mengerjakan haji

Cara
Pengertian
Kelebihan
1.Ifrad
Buat umrah dahulu kemudian haji
Afdhal,tiada dam,ambil masa panjang (berat)
2.Tamattuk
Buat umrah dahulu kemudian haji
Kena dam,lapang (mudah)
3.Qiran
Buat haji dan umrah serentak
Kena dam,beri kesenangan


E.Dam

1.Erti : denda kerana kesalahan haji atau umrah,atau meninggalkan wajib haji atau melakukan larangan ihram.
Jenis dam
Kesalahan
Dam/denda
Tertib takdil
-bersetubuh
-ditahan masuk Mekah
-sembelih unta
-embelih lembu
-sembelih 7 ekor kambing
-Beli makanan = harga unta
-Puasa = nilai makanan harga unta
-sembelih 1 kambing
-Beli makanan = nilai kambing
-Puasa = nilai harga kambing (cupak)
Tertib takdir
-haji tamattuk/qiran
-Tidak wukuf
-Tidak laksana wajib haji
-Tidak melakukan tawaf wadak
-Sembelih kambing
-Puasa (3 hari di Mekah dan 7 hari di negeri sendiri
Takhyir takdil
-Berburu
-Potong pokok
-sembelih binatang yang sama nilai
-sedekah makanan yang sama nilai
-puasa sama  nilai
Takhyir takdir
-potong rambut
-potong kuku
-memakai pakaian berjahit
-pakai minyak rambut
-pakai minyak wangi
-bercumbuan
-bersetubuh kali kedua
-bersetubuh lepas tahallul awal
Boleh pilih :
-seekor kambing
-sedekah 6 orang miskin
-puasa 3 hari


Tajuk 14 : Sembelihan
1.Erti :Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat merih dan halkum dengan benda tajam kerana Allah swt.
2.Rukun :
a.Penyembelih –Islam,ahli kitab(jika berada di negara bukan Islam),bukan dalam  umrah/haji
b.Binatang yang disembelih – halal,mati dengan sekali sembelihan(putus urat merih dan halkum)
c.Alat sembelihan –tajam kecuali kuku,gigi dan tulang

3.Syarat sah
a.Niat
b.Putus urat halkum/merih
c.Binatang halal
d.Sekali sembelih
e.Tidak dalam ihram haji dan umrah

4.Sunat sembelihan
a.Baca Bismillah
b.Hadap kiblat
c.Pisau tajam
d.Siang hari

5.Makruh
a.Tumpul
b.Nampak alat sembelihan pada binatang
c.Sembelih di hadapan binatang lain
d.Tidak hadap kiblat
e.Patah leher sebelum sembelihan

6.Hikmah
a.Mati cepat
b.Keluar darah kotor
c.Daging bersih
d.Tanda hormat makhluk
f.Beza daging halal

Tajuk 15 : Korban

1.Erti : Menyembelih binatang al-an’am pada hari aidil adha dan hari tasyrik kerana Allah.

2.Hukum : sunat muakkad

3.Waktu : Selepas naik matahari hari raya korban hingga 13 zulhijjah

4.Sunat korban
a.Baca bismillah/takbir
b.Selawat
c.Hadap kiblat
d.Binatang gemuk
e.Penyembelih lelaki

4.Syarat sah korban
a.Binatang cukup umur
b.Sembelih pada waktu korban
c.Penyembelih orang Islam
d.Binatang sihat
e.Niat
f.Binatang ternakan yang halal dimakan

5.Syarat sah binatang korban
a.Biri-biri = 1 tahun
b.Kambing = 1 tahun
c.Lembu = 2 tahun
d.Unta = 5 tahun

6.Agihan daging
a.Untuk fakir miskin
b.Orang berkorban harus makan
c.Orang kafir haram makan
d.Korban nazar haram dimakan oleh orang yang berkorban
e.Cara pengagihan :
1/3 = Fakir miskin
1/3 = Orang ramai
1/3 = Orang yang berkorban

7.Hikmah
a.Ingat peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
b.Syukur
c.Silaturahim
d.Mendidik jiwa

Tajuk 16 : Akikah

1.Erti : Menyembelih binatang ternakan sempena kelahiran bayi sebagai tanda syukur kepada Allah swt

2.Hukum : Sunat muakkad/wajib jika bernazar

3.Binatang :
(i)Lelaki = 2 ekor kambing
(ii)Perempuan = 1 ekor kambing

4.Syarat akikah
a.Niat
b.Binatang halal/tidak cacat
c.Cukup umur
d.Memenuhi syarat sembelihan

5.Sunat akikah
a.Masak manis
b.Tidak patahkan tulang
c.Hari ke tujuh kelahiran
d.Cukur rambut
e.Buat jamuan

6.Hikmah
a.Tanda syukur
b.Hebahan kpd masyarakat
c.Silaturahim
d.Amalan sedekah
e.Mendekatkan bayi dengan amalan Islam

Tajuk 17 : Jual Beli dan Sewa

1.Erti : Menukar barang dengan barang dengan syarat tertentu

2.Hukum : harus

3.Rukun jual beli
a.Penjual dan pembeli – mukallaf,kemahuan sendiri,merdeka,bukan bangkrap,Islam
b.Barang  - Bersih,suci,berfaedah,kepunyaan penjual,tahu sifatnya
c.Harga – Bersih,milik pembeli,tahu jenis matawang
d.Ijab dan qabul – tidak diselangi dengan perbuatan lain,lafaz ijab sama dengan qabul,tiada had masa,tidak boleh ditaklikkan

4. Jenis jual beli
a.Jual beli yang dilarang dan tidak sah
- Dengan tujuan maksiat spt  berhala
- Tidak milik sempurna spt burung yang masih terbang
-menjual buah yang masih muda dan belum tentu masak
-menjual daging dengan daging
-menjual barang dengan syarat

b.Jual beli yang dilarang tetapi sah
-Menyekat pembeli lain (semacam monopoli)
-membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam tempoh pilihannya
-menipu sukatan
-monopoli jualan
-menjual barang yang halal untuk tujuan maksiat

5.Sewa
a.Erti : (Al-Ijarah) satu perjanjian untuk dapat manfaat dari sesuatu barang yang diterima dengan bayaran yang sesuai mengikut perjanjian.

b.Hukum : harus

c.Rukun sewa
(i)Penyewa – akil baligh,kemahuan sendiri,tidak membazir.
(ii)Bayaran sewa –dengan wang,diketahui jumlahnya
(iii)Manfaat –berharga,diketahu kadar dan jangka masa

d.Syarat sah
(i)Bersetuju dengan kontrak
(ii)Barang bermanfaat
(iii)Manfaat dalam kontrak dapat digunakan
(iv)Barang yang disewa bukan kewajipan penyewa spt menyewa rumah kepada isteri

e.Tamat kontrak
a.Barang kontrak hilang/musnah/rosak
b.Tamat kontrak
c.Tamat tempoh
d.Tidak menepati syarat kontrak



Tajuk 18 : Gadaian dan Syarikat

1.Gadaian (ar-rahnu)
a.Erti – Sesuatu barang yang dijadikan cagaran bagi mendapatkan pinjaman
b.Rukun penggadai
(i)penggadai
(ii)pemegang gadai
(iii)barang yang digadai
(iv)Dengan kerelaan
(v)tidak boleh merugikan penggadai dan penerima gadaian
(vi)Barang gadaian kepunyaan sendiri

c.Yang membatalkan gadaian
(i)Barang diserah semula kepada penggadai
(ii)Penggadai telah membayar semua hutangnya
(iii)Pemegang gadaian membatalkan gadaian
(iv)Penggadai meninggal dunia
(v)Barang gadaian rosak
(vi)Telah disewa atau disedekah kepada orang lain

d.Hikmah
(i)Beri kemudahan
(ii)Mudah dapat modal
(iii)Untuk kembang ekonomi
(iv)Lahir sifat kerjasama

Secara Islam
Secara konvensional
Barang gadaian tetap pemilik asal
Barang gadaian lupus jika tidak ditebus dalam tempoh
Bayar barang dan upah
Bayar nilai barang termasuk faedah
Meringankan
Membebankan


2.Syarikat

a.Erti : Perjanjian pengkongsian antara dua belah pihak dengan syarat tertentu
b.Hukum : harus

c.Rukun syarikat
(i)Ahli syarikat – berakal,akil baligh,,merdeka,dengan kemahuan sendiri
(ii)Modal – harta ,kepakaran
(iii)Lafaz akad –mengandungi izin perjanjian dan belanja syarikat

d.Yang membatalkan syarikat
(i)Salah seorang membatalkan syarikat
(ii)Kematian rakan kongsi
(iii)Salah seorang murtad
(iv)Hilang kelayakan spt gila
(v)Salah seorang membatalkan penyertaan

e.Hikmah
(i)Untuk kemajuan ekonomi
(ii)Perniagaan lebih besar
(iii)Erat silaturahim
(iv)Pupuk sifat amanah dan jujur


Tajuk 19 : Hutang,Insuran dan Saham


1.Hutang (al-qaradh)
a.Erti : memberikan sesuatu manfaat/barang kepada seseorang
b.Hukum : sunat / membayang hutang wajib

c.Rukun
(i)Pemberi dan penerima – buat perjanjian bertulis dan saksi
(ii)Barang –milik pemberi hutang
(iii)Sighah –akad

d.Hikmah
(i)Untuk bantu/tolong
(ii)Untuk ekonomi
(iii)Elak penindasan
(iv)Elak sifat minta sedekah


2.Insuran (at-takaful)
a.Erti –faedah yang diperolehi apabila satu kumpulan mengembeleng tenaga dan kepakaran untuk saling berkerjasama apabila ditimpa musibah

b.Hukum : Harus

c.Jenis insuran
(i)Insuran nyawa –nyawa,hilang upaya
(ii)Insuran am – kerugian pendapatan ,harta

d.Prinsip
(i)Tiada gharar (tidak pasti)
(ii)Saling bekerjasma
(iii)Saling bermanfaat
(iv)Tiada riba
(v)Keuntungan sama

e.Hikmah
(i)Saling tolong menolong
(ii)Untuk ekonomi
(iii)Untuk keharmonian masyarakat

3.Saham (as-sahmu)
a.Erti – sejenis terbitan yang dikeluarkan sesuatu syarikat sebagai alat pemilikan

b.Hukum : harus

c.Syarat modal
(i)Pemegang saham
(ii)Syarikat saham
(iii)modal/kadar keuntungan

d.Syarat saham
(i)tiada riba
(ii)Tiada unsur judi
(iii)Tiada unsur spekulasi
(iv)Tiada gharar (tidak jelas)

e.Hikmah
(i)Saling tolong menolong
(ii)Untuk ekonomi
(iii)Untuk keharmonian masyarakat


Tajuk 20 : kerajaan Khulafa’ Alrasyidin

1.Pengenalan
a.khalifah ialah ketua negara Islam
b.Tempoh pemerintahan – 29 tahun (11-41 hijrah)
c.Khulafa’Arrasyidin ialah gelaran kepada
-Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali.

2.Abu Bakar
a.Riwayat hidup
-Nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
-Lahir 2 tahun selepas nabi
-Keturunan Bani Tamim
-Digelar Assiddiq kerana membenarkan peristiwa israk dan mikraj nabi.
-Orang pertama masuk Islam
-Seorang yang jujur dan baik pekerti
-Wafat -23 Jamadilakhir 13 hijrah dimakam disebelah Rasulullah saw

b.Perlantikannya
-Selepas Raulullah saw wafat umat Islam berkumpul di Balai Bani Saidah,berlaku perselisihan antara orang Muhajirin dan Ansar untuk menentukan siapakah  khalifah,lalu Abu Bakar mencadangkan Umar  atau Abu Ubaidah sebagai khalifah tetapi kedua-duanya membantah lalu membaiah Abu Bakar dengan berjabat tangan melantik Abu Bakar sebagai khalifah.

3.Umar Al-Khattab
a.Riwayat hidup
-Nama sebenarnya Umar b Al-khattab b Naufal
-Lahir 13 tahun selepas nabi
-Keturunan Bani ‘Adi
-Digelar Al-faruk kerana memisahkan antara  yang hak dan batil
-Seorang yang tegas dan berani
-Peluk Islam –tahun ke 6 selepas kerasulan
-wafat akhir bulan zulhijjah 23 hijrah,usianya 63 tahun
-zaman pemerintahan 20 tahun

b.Perlantikannya
-Melalui wasiat Abu Bakar untuk elak berpecah
-wasiat ditulis oleh Uthman Affan
-Dipersetujui oleh semua umat Islam


4.Khalifah Uthman b Affan (23-35 Hijrah)
a.Riwayat hidup
-Lahir 5 tahun selepas Nabi saw
-Keturunan Bani Umaiyah
-Terkenal peribadi mulia,lemah lembut,hartawan,dermawan dan semangat jihad yang tinggi
-Digelar “ Zunurain” kerana berkahwin dengan 2 puteri Rasulullah saw
-Wafat 18 zulhijjah  35 hijrah umurnya80 tahun dibunuh oleh pemberontak

b.Perlantikannya
-semasa khalifah Umar sakit beliau telah melantik 6 orang sahabat sebagai pengganti yang mana 5 orang sahabat telah menarik diri kecuali Uthman bedasarkan pendapat orang ramai Abdul Rahman b Auf telah mengistiharkan Uthman sebagai khalifah

5.Khalifah Ali b Abi Talib (35-40 hijrah)
a.Riwayat hidup
-Lahir 10 tahun sebelum kerasulan
-Kanak-kanak yang pertama masuk Islam
-sifat berani,tegas ,berilmu
-wafat tahun 40 hijrah

b.Perlantikannya
-Menerima perlantikan atas desakan orang ramai setelah wafatnya Khalifah Uthman
-keluarga Umaiyah tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut termasuk Muawiyah b Abi Sufyan

6.Dasar pentadbiran Khalifah
a.Berasaskan Al-Quran dan As-sunnah
b.Keputusan berdasarkan syura dan ijtihad
c.Dasar keadilan dan kebenaran
d.Khalifah adalah ketua Gabenor
e.Pegawai/gabenor yang dilantik berdasarkan kecekapan
f.Pembangunan
g.Kepatuhan rakyat

7.Pembaharuan dalam pentadbiran
a.Majlis Syura –ahli meyuarat
b.Pentadbiran wilayah terutama di zaman Umar
terutama gabenor dan jabatan-jabatan

8.Polisi
a.Abu Bakar
-memerangi golongan murtad enggan membayar zakat/nabi palsu
- mengerakkan tentera Usama b Zaid memerangi pemberontak Bani Ghassan
-melantik khalifah Umar untuk memelihara perpaduan

b.Umar
-menyusun pentadbiran tanah
-struktur dan fungsi jabatan/baitulmal
-sahabat tidak dibenarkan keluar Madinah kecuali dengan izin khalifah

c.Usman
-meluaskan ruang lingkup jihad dengan penyertaan secara menyeluruh
-para sahabat tidak dilarang meninggalkan Madinah
-melonggarkan syarat penggunaan harta baitulmal
-Menetapkan loghat Quraisyh sebagai standard bacaan al-Quran
-melantik pegawai dari kalangan bani Umaiyyah

d.Ali
-menukarkan kakitangan dari kalangan Bani Umaiyyah
-meneruskan sistem syura walaupun ditentang oleh puak khawarij

9.Sumbangan

Khalifah
Sumbangan
Abu Bakar
-Memerangi golongan murtad/enggan bayar zakat/nabi palsu
-membebaskan negeri di bawah kerajaan Rom dan Parsi
-mengumpulkan tulisan al-Quran
Umar
-menyusun pentadbiran
-menyusun baitulmal
-kalender hijrah
-tubuh pasukan polis dan tentera
-undang-undang tanah
Uthman
-Mengumpul al-Quran
-membesarkan tentera darat dan laut
-mengumpul harta negara untuk pertahanan
Ali
-menerima jawatan khalifah dalam keadaan negara tidak stabil

10.Kemajuan ekonomi
Bidang
Kemajuan
Sosial
-penduduk (bersatu)
-tahap pendidikan meningkat
-kebajikan rakyat terpelihara
Ekonomi
-bermula di zaman Umar sehingga Uthman
-kawasan pertanian bertambah
-pengurusan baitulmal mantap
-undang-undang tanah diperkenalkan
Perkuasan Wilayah
-bertambah
-pengaruh Islam tersebar luas


11.Kesan positif
a.Corak kepimpinan (pemimpin negara adalah ketua agama)
b.Sifat kepinpinan (jujur dan berakhlak)
c.Pertahanan (kuat dengan semangat jihad)
d.Ekonomi (adil)
e.Sosial (ilmu)

12.Iktibar dari kepimpinan Khulafa Arasyidin
a.Golongan ini adalah sebaik-baik golongan iaitu generasi pertama memeluk Islam
b.Kemajuan dirangkumkan dalam 4 aspek :

Aspek akidah
Aspek syariat
Aspek akhlak
Aspek politik


Tajuk 21 : Kerajaan Bani Umaiyah

1.Penubuhan
a.Selepas kemangkatan Saidina Ali,penduduk Kufah telah melantik Saidina Hasan b Ali bagi menggantikan ayahnya.
b.Walau bagaimanapun Saidina Hasan menolak untuk menyelamatkan Negara drp huru hara.
c.Syarat penyerahan kuasa :
-Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-Quran dan Assunah
-Memuliakan keluarga Nabi SAW
-Pemilihan khalifah berdasarkan syura

c.Peringkat pemerintahan :
-Zaman kelahiran (Muawiyah bin Abi Sufian 40-60H) dan anaknya Yazid
-Zaman kemajuan –Zaman keturunan Marwan b Al-Hakam (65-86 H)
-Zaman Abdul Rahman Addakhil hingga pemerintahan Hisyam 137-399H)

2.Sumbangan Bani Umaiyah
a.Perkembangan ketenteraan
-Muawiyah tiru dari Parsi/tentera dibahagikan kpd 5 bahagian (Pasukan teras/sayap kanan/sayap kiri/barisan hadapan /barisan belakang)
-Kelengkapan tentera yang canggih

b.Perkembangan pendidikan
-Sangat menitik beratkan pendidikan
-Khalifah A .Malik b Marwan dan Umar Abd Aziz merupakan khalifah yang alim dlm bidang agama
-Kota Basrah ialah kota ilmu dan bahasa Arab
-Disiplin ilmu dilengkapkan dengan “Attadwin” (pembukuan)

c.Ekonomi
-Ekonomi pertanian dan perdagangan
-Hasil Negara (khazraj/jizyah/zakat/usyur/fai/ghanimah)

d.Faktor kegemilangan:
-kebijaksanaan khalifah
-penguasaan ilmu
-ekonomi stabil
-kekuatan tentera
-hubungan rakyat dan pemerintahan baik
-semangat jihad

e.Faktor kejatuhan
-Sikap khalifah
-Sistem warisan (bukan syura)
-Khalifah tidak adil (orang arab dan bukan arab)
-Terlampau bermewah
-Khalifah tiada kelayakan


Tajuk 22 :Imam Abu Hanifah

1.Riwayat hidup
a.Nama :Nukman b Tsabit
b.Lahir di Kufah tahun 80 Hijrah/699Masihi
c.Keturunan Parsi
d.Dibesarkan di Kufah
e.Berniaga/senang kehidupan
f.Meninggal dunia Bulan Rejab 150 H/767M umurnya 80 tahun

2.Pendidikan
a.Belajar berbagai jenis ilmu sejak kecil sambil berniaga
b.Belajar dari gurunya Imam Hamad b Abi sulaiman
c.Juga belajar dari Sahabat Nabi SAW spt Anas b Malik dan lain-lain

3.Sumbangan
a.Mengajar di Masjid
b.Berfikiran terbuka
c.Menyusun kitab
d.Menentukan hokum (fatwa)
e.Menyusun hokum ikut kaedah

4.Pengaruh
a.Mazhab Hanafi
b.Tersebar di Iraq/Mesir/Syria/Turki

Tajuk 23 : Imam Malik

1.Riwayat Hidup
a.Nama : Malik b Anas b Malik b Amir Al Haris
b.Lahir di Madinaht  93 H/713 M
c.Sifat peribadi : Bijak ,cerdas,lemah lembut,suka ziarah orang sakit,tidak suka cela orang lain
d.Meninggal dunia : 179 H/798M umurnya 86 tahun dikuburkan di Baqi’

2.Pendidikan
a.Suka mendapingi Ulamak
b.Hafal Al-Quran dan Al-Hadis
c.Belajar berbagai bidang ilmu spt hadis,fekah
d.Gurunya berjumlah 900 orang
e.Antara gurunya :Imam Abd Rahman b Hamzah,Syihab Azzuhri dan lain-lain

3.Sumbangan
a.Buku nya “AlMuattak”
b.Mazhab Maliki
c.Pengaruh :Maghribi,Andalus,Aljeria,Lybia
dan lain-lain

Tajuk 24 : Imam Syafei

1.Riwayat hidup
a.Nama : Muhammad b Idris berketurunan nabi SAW
b.Lahir di Ghazzah Palestin 150 H/767M berasal dari Mekah
c.Digelar Syafie daripada Datuknya
d.Meninggal dunia 204 H/820 M di Mesir

2.Pendidikan
a.Belajar Al-Quran umurnya 5 tahun dan hafal al-Quran umurnya 9 tahun
b.Hidup miskin tapi punyai semangat yang kuat untuk belajar dan selalu berada disamping gurunya Waki’
c.Kuat hafalan – hafal kitab Muattak karangan Imam Malik umurnya baru 10 tahun
d.Kuat mengembara kerana menuntut ilmu ke Iraq,Mekah,Madinah dan Mesir

3.Sumbangan
a.Menyusun kaedah baru dalam fekah (usul fiqh)
b.Menyusun kitab – Al-Um,Al-Risalah
c.Mazhab Syafie terdiri dari 2 iaitu Qaul qadim dan Qaul  jadid
d.Mazhab Syafie tersebar ke Nusantara,Mesir,Iraq dan India

Tajuk 25 : Imam Ahmad b Hanbal

a.Riwayat hidup
1. Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Bilal As-Syaibani.
2.Beliau berketurunan Rasulullah pada neneknya  Nazar bin Maad bin Adnan.
3.Dilahirkan tahun 164 H/780M di Baghdad pada  zaman khalifah Abbasiah.
4.Mazhabnya terkenal sebagai mazhab Hanbali  sempena nama datuknya Hanbal bin Hilal Al- Syaibani.
5.Dilahirkan yatim serta miskin dan zuhud dimana peninggalan bapanya hanya sehelai baju dan sebuah rumah.
6.  Meninggal dunia pada tahun 241H/855 ketika berusia 77 tahun.

 

b.Keperibadiannya

1.Hormat gurunya dan tidak suka bercakap melainkan perkara berfaedah.
2.Sejak kecil mempelajari hadis, fekah dan ilmu kalam.
3.Sangat kuat beribadat : solat 300 rakaat sehari dan khatam Al-Quran seminggu sekali.
4.Berjiwa besar, zuhud dan tidak terpengaruh dunia.
5.Banyak bergaul dengan orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan berpengaruh.

c.Pendidikannya

1.  Hidup di zaman perkembangan ilmu pengetahuan di kota Baghdad.
2.Mempelajari berbagai ilmu seperti bahasa, falsafah serta sastera.
3.Lebih berminat dalam ilmu al-Quran, hadis, fekah dan tauhid, menghafaz al-Quran ketiak berusia 14 tahun.
4.Semasa berusia 16 tahun beliau bermusafir ke Makkah, Madinah, Syam, Yaman dll untuk mengumpul   hadis.
5.Antara gurunya ialah Imam Shafie Sufian bin Uyainah dll.

d.Ujian Ke Atasnya

1.  Khalifah Abbasiah, Al-Makmum Bin Harun Ar-Rashid menganut Mazhab Muktazilah dan berpendapat Al-Quran Kalam Allah itu baharu. Dan memaksa ulamak berpendapat sepertinya namun Imam Ahmad enggan.
2.  Imam Ahmad ditangkap dan diseksa dan dibebaskan semasa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakil.

e.Pemikirannya

1.Mengutamakan Al-Quran dan hadis dalam menetapkan hukum seperti gurunya Imam Shafie.
2.Fatwa sahabat dianggap penting selepas Al-Quran dan hadis dan selepas itu menggunakan Qias.

 

 

f.Sumbangannya/karangannya

1.        Membuka kelas-kelas pengajian umum dan khusus di masjid-masjid.
2.        Penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berusaha untuk mengembangkannya dan menentang ajaran Muktazilah sehingga dipenjarakan.
2.        Karangan beliau yang mashur ialah kitab Al-Musnad (kitab hadis).
3.        Antara karangan beliau juga ialah :  Tafsir al-Quran, An-Nasakh wal-Mansukh, Al-Masnad, Taatul Rasul dll.

 

Perkembangan Mazhab

         1.  Mazhab beliau berkembang di Baghdad, Mesir dan Syria juga di Palastin.

Tajuk 26 : Imam Al-Bukhari
a.Riwayat hidup
1.Nama : Abu Abdullah Muhammmad b Ismail
2.Lahir : 13 Syawal 194 H/810 M
3.Meninggal 256H/870M umur 62 tahun

b.Pendidikan
1.Mendapat pendidikan dari ibunya
2.Umurnya 11 tahun telah membetulkan kesilapan gurunya dalam hadis/telah hafaz al-Quran
3.Umurnya 18 tahun telah mula mengajar ilmu hadis
4.Telah menemui 1000 perawai hadis dalam usaha mengumpul hadis sahih
5.Sering meratau dalam usaha mencari ilmu
6.Menghafaz 100ribu hadis sahih/200 ribu hadis tidak sahih (kitab sahih bukhari)

c.Sumbangan
1.Sumbangan yang besar dalam ilmu hadis (kitab sahih Al-Bukhari)
2.Mengarang banyak kitab2 yang lain spt tarikh kabir dan lain2
d.Pengaruh
Seluruh dunia kerana hadis sahihnya

Tajuk 27 :Imam Al-Ghazali
a.Riwayat hidup
1.Nama : Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali
2.Lahir di Tus Iran 450 H/1058 M
3.Digelar Al-Ghazali sempena kampungnya Ghazallah diTus,Iran
4.Bapanya seorang yang miskin lagi salih bekerja sebagagai pemintal bulu kambing
5.Al-Ghazali seorang yang bijak sana
6Digelar Hujjatul Islam
7.Meninggal dunia : isnin 14 Jamadil Akhir 505 H/1111 M

b.Pendidikannya
1.Belajar di sekolah yang didirikan oleh Nizamul Muluk
2.Belajar ilmu agama dari sahabat bapanya seorang guru dan sufi sejak kecil
3.Hafaz al-Quran dan ilmu-ilmu agama sejak kecil
4.Berguru dengan Imam Al-Haramain
5.Mahir dalam ilmu tasawuf,falsafah ilmu kalam dan fekah
6.Menjadi guru di Madrasah Nizamiah Baghdad

c.Sumbangannya
1.Sebagai penasihat kpd Menteri Nizamul Muluk
2.Guru di Madrasah Nizamiah Baghdad
3.Pendukung mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah
4.Menolak golongan ahli falsafah yang sesat
5.Karya:IhyaUlumuddin,MungkizMin dhalal,Tahafut
Falasifah,al-wajiz

Tajuk :28 Akal Cahaya Hidup

a.Adab berfikir
Sumber
Huraian
Wahyu
Keranakemampuan terhad
Akal fikiran
Untuk beza baik buruk
Bukti sains
Meneroka bidang ilmu
Maklumat fakta
Disiplin ilmu
Matlamat yang jelas
Berfikir lebih fokus dan terancang


b.Cara berfikir :Mengetahui ……
1.kemampuan akal terhad
2.Tujuan berfikir
3.Cara mencapai matlamat
4.Risiko
5.Perkara yang difikirkan
6.Tujuan berfikir

c.Hikmah berfikir dalam Islam
1.Memantapkan iman
2.Mengetahui kekuasaan Allah swt
3.Dihormati masyarakat
4.Maju (inovasi)
5.Penyelesaian masalah
6.Ceburi bidang baru
7.Hidari dari khurafat/rosak akidah
Tajuk  29:Adab Berhias Diri

a.Adab berhias
1.Amalan mandi –wajib dan sunat
2.Gosok gigi
3.Memakai minyak wangi
4.Sikat rambut
5.Potong kuku,bulu ketiak dan ari-ari
6.Menghias muka

b.Cara berpakaian
1.Semua bentuk pakaian harus dalam Islam #
2.Garis panduan berpakaian :
-Niat kerana Allah swt
-Bukan untuk sombong
-Tutup aurat
-tidak jarang
-tidak ketat
-tidak ikut agama lain/tanda-tanda haram spt arak dan judi

3.Pakaian yang diharamkan
a.Emas dan sutera tulin  bagi lelaki
b.Berlawanan jantina (lelaki pakai perempuan dan sebaliknya)
c.Menyambung rambut
d.Tatoo
e.Bedah plastic untuk kecantikan

4.Hikmah berhias diri
a.Allah sayang/manusia suka
b.Dapat pahala
c.Jauh dari hina
d.Jaga maruah


Tajuk 30 : Adab Menjaga Orang Sakit

a.Tuntutan menjaga orang sakit
1.Menjaga dan menziarahi orang sakit hukumnya fardhu kifayah

b.Panduan menjaga orang sakit
1.Aspek rohani
-Peringatan sakit sebagai ujian Allah swt
-Nasihat bersabar
-jaga solat
-tolong ambil wudhu’
-sentiasa berzikir

2.Aspek emosi
-tutur kata lemah lembut
-layan dengan mesra
-sabar dengar rungutan

3.Aspek fizikal
-Pastikan pesakit bersih
-hantar ke hospital
-nasihat makan ubat
-nasihat rehat cukup
-tanya keperluan/keinginan

c.Hikmah menjaga pesakit
1.Silaturahim
2.Ringan penderitaan
3.Tanggungjawab
4.Tingkat syiar Islam
5.Perihatin
6.Insaf

Tajuk 31 : Adab Amar Makruf Nahi Mungkar
a.Kewajipan AMNM
1.Umat Islam wajib melaksanakan AMNM

b.Sifat pendakwah
1.Berilmu
2.Beramal dengan  ilmu
3.Berakhlak

c.Adab AMNM
1.Cara berhikmah
2.Mauizatilhasanah (nasihat yang baik)
3.Berbincang dengan cara baik

d.Cara AMNM Nabi Muhammad saw
1.Masa yang sesuai
2.Diplomasi
3.Elak perkara mudharat
4.Beri hadiah
5.Selalu tolong orang
6.Beri kemaafan
7.Cerita kisah dahulu untuk iktibar

e.Hikmah AMNM
1.Dapat tegakkan hukum Islam
2.Gejala sosial kurang
3.Pembangunan lancar
4.Ekonomi baik
5.Maruah Islam tinggi
6.Hak terjamin

Tajuk 32 :Adab Tempat Reakreasi

a.Pengertian rekreasi : Kegiatan menyeronokkan untuk kesegaran minda,tubuh badan dan hati

b.Kategori :
-aktif (bersukan/mengembara/dll)
-pasif (bersiar2 dll)

c.Faedah

Aspek
Jangka pendek
Jangka panjang
Fisiologi
Stamina/mental/peluh
Tahan penyakit
psaikologi
Tenang/kurang tekanan/ceria
Cerdas/aktif/cepat
Sosialogi
Kerjasama/perpaduan/silaturahim
Aktif/Negara maju

d.Adab berekreasi
1.Tutup aurat
2.Jaga pergaulan
3.Tidak berlawanan dengan syarak
4.patuhi peraturan
5.bertanggungjawab
6.Hor mat orang lain

e.Hikmah
1.Allah redha
2.Pupuk silaturahim
3.Jaga alam
4.Kekalkan alam
5.Berdisiplin 
Tajuk 33 : Adab Menjaga Kemudahan Awam
a.Adab KA
1.Ikut peraturan
2.Bertimbang rasa
3.Tiada pembaziran
4.Bertangungjawab terhadap keselamatan
5.Lapor kerosakan

b.Kepentingan KA
1.Individu –memberi kemudahan,untuk kesejahteraan ,jimat belanja,untuk kecemasan
2.Masyarakat –hubungan silaturahim,perpaduan,tolen
rasi
3.Negara-tarik pelancong,tingkat ekonomi

c.Penyalahgunaan KA
1.Untuk kepentingan diri
2.Buat panggilan palsu
3.Tidak jaga kebersihan
4.Conteng

d.Tanggungjawab menjaga KA adalah tanggunjawab semua

Tajuk 34 : Adab Menziarahi Jenazah

a.Amat digalakan dalam Islam
b.Adab menziarahi jenazah
1.Berdoa
2.Solat jenazah
3.Beri pertolongan
4.Lahir perasaan dukacita
5.Ucap takziah
6.Sabar
7.Baca al-Quran sebelum kebumi

c.Perkara dilarang
1.Meratap/meraung
2.Bebankan keluarga simati
3.menyinggung keluarga simati
4.tidak reda dengan takdir Allah swt

d.Hikmah
1.Silaturahim
2.Imbangkan tekanan emosi
3.Insaf
4.Tunaikan hak



Tajuk 35 : Adab berzikir

a.Erti zikir : Mengingati Allah dengan hati,lidah dan perbuatan

b.Adab berzikir
1.Sebut betul
2.Ada nas al-Quran atau hadis
3.Rasa Allah hebat
4.Kita hina disisi Allah
5.Perbanyakkan ketika genting
6.Ikut keadaan/tempat (tandas dilarang)

c.Sebab perlu adab
1.Tidak ganggu orang
2.Kesempurnaan ibadat
3.Selaras dgn sunnah
4.Diterima Allah swt
5.Berdisiplin

d.Kelebihan berzikir
1.Dikasihi Allah swt
2.Tenang jiwa
3.Didik jiwa ingat Allah
4.Pahala

Tajuk 36 :Adab dengan Rasulullah saw

a.Adab dengan Rasulullah saw
1.Berselawat
2.Tawaduk/sopan santun
3.Ziarah makam baginda saw
4.Kasih para sahabat
5.Iltizam dengan sunah baginda

b.Hikmah berdab dengan Rasulullah SAW
1.Allah dan Nabi sayang
2.Allah redha/hidup sejahtera
3.Dorong amal sunnah
4.Beradab
5.Dapat ampun dan rahmat dari Allah swt

TAMAT
Iklas kerana Allah
Selesai :29 Ramadhan 1431(rabu)/8 Sept 2010
Mohd Arif b Mohd Ali
PK HEM SSNWP SMK Seri TitiwangsaKL
Guru Pendidikan Islam




















2 comments:

  1. Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT

    Well over 160 thousand men and women are hacking their diet with a simple and secret "water hack" to drop 1-2 lbs each and every night in their sleep.

    It's simple and it works all the time.

    Just follow these easy step:

    1) Go get a clear glass and fill it up with water half full

    2) Proceed to learn this amazing hack

    and you'll be 1-2 lbs skinnier as soon as tomorrow!

    ReplyDelete